Jumaat, 5 April 2013

Inikah "Punca" Kejatuhan Johor Kepada PR Kali Ini??

Mengikut sumber dalaman, proses menjadikan Johor salah satu daripada negeri Pakatan Rakyat telah dibuat setahun lalu. Keputusan awal dengan menghantar YB Salahudin Ayub dan YB Khalid Samad untuk meninjau kekuatan sokongan Melayu kepada Pakatan Rakyat.

Satu research telah dibuat oleh pihak ketiga. Antara lain research tersebut memberikan beberapa faktor untuk mengukuhkan sokongan Melayu antaranya penyertaan Tun Musa Hitam dan Juga Tan Sri Shahrir Samad.


Selain daripada itu 2 research lain untuk melihat sokongan kepada Anwar melalui PKR dan juga sokongan masyarakat China kepada DAP.

Hasil analisis gabungan research-research ini telah diperhalusi pada Oktober 2012 lalu. Antara lain ada kemungkinan Johor boleh jatuh kepada Pakatan Rakyat sekiranya strategi yang berkesan dilakukan.
Perlu ada pengorbanan dalam hal ini, iaitu memastikan beberapa tokoh yang boleh mengubah 'mod rakyat' bertanding di Johor.

Atas dasar ini Lim Kit Siang telah bersetuju untuk ke Johor. Manakalah daripada PAS YB Salahudin Ayub dan Dato' Chua Jui Meng dariapad PKR. Saya tidak dapat maklumat yang jelas bahawa akan ada seorang lagi kepimpinan PKR akan bertanding di Johor.

Menurut sumber berkenaan keputusan Lim Kit Siang berpindah ke Johor setelah mendapat maklumat secara rasmi bahawa Tun Musa Hitam dan Tan Sri Shahrir Samad akan bertanding atas tiket Pakatan Rakyat.

Maklumat ini disokongan dengan kenyataan Tun Musa Hitam berkenaan dengan Negara Bengkrap dan ada beberapa pertemuan secara tertutup dengan penyokong-penyokong Shahrir. Mengenai Shahrir adalah lebih baik bertanya kepada YB Khalid Samad, walaupun mereka kurang bertemu dan bercakap hal politik tetapi ada perkara sulit antara mereka adik beradik.- sumber TKOnline

JuRaGan : InsyaAllah ini kali laaa...Apa-apa pun boleh jadi maaaa.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan