Jumaat, 5 April 2013

Seramai Ini Pemuda Umno Masuk PAS..Hangitt Habis Umno Kali Nii...

Seramai 200 orang yang terdiri orang muda lelaki dan perempuan telah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu majlis ceramah di Pantai Kijal pada Selasa, 2 April.

Mereka adalah para pemuda dan pemudi dari Rumah Murah Kijal, Kampung Meraga Beris, Kampung Darat Air Putih, Kampung Penunju...k, Kampung Tengah, Kampung Bukit Kuang, Kampung Telok Kalong, Kampung Seri Bandi dan Kampung Ibok yang kesemuanya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal.

Menurut Ketua Pemuda PAS DUN Kijal, Ustaz Zulkifli Nara, para pemuda dan pemudi tersebut menyatakan mereka memilih untuk masuk PAS kerana mahu bersama-sama menyertai perjuangan menegakkan Islam di Kijal khasnya dan Malaysia amnya.

"Mereka berkata dalam UMNO tiada ruang dan peluang untuk menghayati Islam yang sebenarnya, UMNO bukanlah platform untuk anak muda mengenali Islam yang hakiki.

"mereka berkata dalam UMNO tiada ruang dan peluang untuk menghayati Islam yang sebenarnya, UMNO bukanlah platform untuk anak muda mengenali Islam yang hakiki."ujarnya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan