Selaras dengan pembubaran Dewan Rakyat hari ini, bekas Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan penyokong Barisan
Nasional (BN) agar mendahulukan parti tanpa mengira individu yang
bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
"Ini pertandingan
antara parti, bukan pertandingan antara orang perseorangan kerana hanya
parti saja yang boleh tubuh kerajaan, jadi mereka mesti tentukan parti
mereka menang.
"Kalau mereka betul-betul setia pada parti,
jangan kira siapa jadi calon. Kalaupun di situ dia letak calon MCA, Umno
mesti sokong. Kalau dia letak calon Umno, MCA, MIC mesti sokong kerana
kita hendak parti BN menang," katanya kepada pemberita di pejabatnya di
Putrajaya hari ini.
BN diyakini akan memenangi PRU13 nanti,
malah mungkin dengan majoriti dua pertiga berdasarkan pengundi, termasuk
pengundi Cina kini dilihat kembali kepada BN berdasarkan respons
daripada siri perjumpaan yang dihadiri pemimpin parti, katanya.
Ditanya
sama ada beliau akan kembali bertanding untuk menyahut cabaran
penasihat DAP Lim Kit Siang supaya beliau bertanding bagi kerusi
Parlimen Gelang Patah, Johor, Dr Mahathir berkata beliau tidak mahu
bertanding lagi memandangkan beliau sudah bersara dan Lim yang
sepatutnya mengikut jejak beliau.
"Dia patut bersara sebab dia
aktif dalam politik ini sejak tahun 1964, bagilah can (peluang) kepada
orang muda. Saya bagi peluang pada orang muda sebab itu saya letak
jawatan pada 2003.
"(Lim) Kit Siang ini walaupun dia seorang
ahli politik yang berpengalaman dan berpengaruh, tapi tiba masanya dia
tarik diri, tak usah bertandinglah, bagilah peluang pada orang muda,"
katanya.
Dr Mahathir sebelum itu menerima kunjungan bekas ahli
PAS seumur hidup Zainon Ismail yang memohon maaf kepada beliau. Zainon
atau lebih dikenali dengan nama CN Afghani mengaku pernah merancang
membunuh Dr Mahathir pada tahun 1988 kerana terpengaruh dengan 'Amanat
Haji Hadi' yang menyatakan bahawa Umno kafir.
Pertanding orang persaorangan ke, pertandingan antara parti ke bn tetap kami terajang. Al kutty ni dah habis modal kot.
BalasPadam