PAS menjangkakan tarikh pembuangan undi pilihan raya umum ke-13 pada 27 April, manakala 13 April sebagai tarikh penamaan calon.
Justeru,
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli menggesa semua
jentera parti di setiap peringkat menggunakan tarikh tersebut bagi
memandu gerak kerja.
Tambah beliau, biarpun PAS sudah lama
bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum, dengan tarikh jangkaan
ini diharapkan jentera parti akan lebih giat dlakukan.
"Tarikh-tarikh
ini boleh jadi mungkin akan berubah. Tetapi, sehingga kini, saya seru
semua jentera agar bergerak berpandukan tarikh ini," tegas beliau kepada
Harakahdaily, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan