Sabtu, 13 April 2013

Panasss...Kontrovesi Sungai Aceh..Kenyataan Terkini Chegu Bard..

Panass bagi Umno la beb...kalau blh Puak Haprak ni tak mahu perkara nii selesai dengan baik.."Memahami soal kerusi dan siapa calon bukan soal utama tetapi pembelaan rakyat dan memperkukuh parti (PR) dalam menumbangkan regim harus dijadikan matlamat utama. Siapa pun dalam beroganisasi harus akur dengan keputusan siapa terpilih mewakili"kata Chegu Bard.

Chegu Bard sedia dan akur dengan apa juga keputusan pucuk pimpinan parti. CheguBard meletakkan sepenuh kepercayaan dengan pimpinan utama Pakatan Rakyat menyelesaikan isu ini. Seperti yang pernah tegaskan bertanding bukan sasaran, sedia menjadi jentera biasa membantu kemenangan Pakatan Rakyat.
 
Semua jentera dan aktivis PR serta rakyat yang cintakan perubahan, Chegu Bard memberikan jaminan pasti tidak akan berlaku pertembungan 3 penjuru melibatkan sesama Pakatan Rakyat. Percaya dan yakinlah PR ialah gabungan kukuh yang lahir dari keputusan gelombang rakyat 2008, telah teruji dengan perbagai mehnah dan cukup matang untuk berdepan dengan PRU ke 13 sebagai sebuah gabungan yang bakal mentadbir negara.
.
Ini kalilah !

che'GuBard"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan