Belumpun diumumkan senarai calon BN, sekumpulan ahli dan pimpinan Umno
bahagian Kangar mengadakan perhimpunan di depan ibu pejabat Umno di
PWTC Khamis lalu kerana membantah cadangan pencalonan ulamak muda, Fathul Bari Mat Jahaya sebagai calon BN bagi parlimen Kangar.
Perhimpunan tersebut diadakan sejurus sebelum presiden parti, Datuk
Seri Najib Tun Razak tiba bagi mempengerusikan mesyuarat khas majlis
tertinggi Umno.
Parlimen Kangar diwakili oleh bekas Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.
Menurut sumber, empat bas bertolak dari Kangar pada malam Rabu untuk menyertai perhimpunan.
“Mereka bertegas menolak orang luar termasuk Fathul Bari sebagai
calon Kangar tidak kira siapapun yang memutuskannya,” kata sumber.
Difahamkan Timbalan Ketua Umno bahagian Kangar Azam Rashid dan Naib
Ketua Bahagian merangkap Adun Sena Jamil Saad ; Mat Hassan (Adun Kuala
Perlis); Aziz Had (Setiausaha Umno bahagian); Ramli Sharif (AJK); Radzi
Dan (AJK); Haliza Hamid (Ketua Puteri) dan Aziz Majid (Ketua Pemuda)
hadir dalam perhimpunan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan