Sabtu, 13 April 2013

Penyokong PKR Mengamuk di Balik Pulau..Relax Bro..

Sekumpulan penyokong dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam membantah keputusan ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calon ‘payung terjun’ untuk bertanding kerusi Parlimen Balik Pulau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.(gmbr hiasan)

Kumpulan seramai 100 orang itu mengadakan perhimpunan secara aman di Jalan Baru di sini bagi menyatakan sokongan terhadap penyandang Mohd Yusmadi Mohd Yusoff untuk mempertahankan kerusi itu.

Wakil kumpulan itu, Noryusmah Wan Yusuf berkata penyokong PKR Balik Pulau tidak bersetuju dengan calon baharu, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, 48, yang diumumkan oleh Anwar tanpa mengambil kira pandangan mereka.

“Kami mahu pucuk pemimpin PKR mempertimbangkan semula calon baharu itu kerana ia akan mengundang perpecahan dalam parti,” katanya kepada pemberita di sini.

Pada pilihan raya umum 2008 lepas, Mohd Yusmadi memenangi kerusi Parlimen itu dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Norraesah Mohamed dengan majoriti 708 undi.

1 ulasan:

  1. hehhehe sama pulak macam ahli ahli UMNO hahahhahahah yer lah kan mereka ni dulu ahli UMNO.. tak banyak, sikit perangai umno tu masih ada lagi hehehhehehe

    BalasPadam