Kehadiran Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ke kawasan
Parlimen Kuala Kangsar semalam telah membuktikan jentera BN di situ
bermasalah (Gambar sekadar di pinggiran..he3)
Ini berikutan tindakan bekas Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk
Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket bebas dan keluar parti serta
meletak semua jawatan yang disandang kerana kecewa tindakan Umno yang
membelakangi suara wanita.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu, Dr Raja Ahmad Iskandar
berkata, disebabkan itu Najib terpaksa mengadakan kunjungan mengejut ke
Kuala Kangsar dalam siri jelajah beberapa kawasan di Perak walaupun pada
awalnya parlimen itu tiada dalam jadual jelajahnya.
Menurutnya, Najib mengakui tindakan mengejut Kamilia itu telah
memberi kesan besar kepada Umno khususnya di Kuala Kangsar menyebabkan
jentera BN di situ mempunyai masalah.
“Pada asalnya jadual Najib di Perak tiada di Kuala Kangsar tetapi
sehari sebelum itu dalam keadaan tergesa-gesa Najib umumkan akan turun
singgah di situ.
“Najib sedar tindakan Kamilia itu memberi kesan besar kepada BN dan
kerana itu beliau terpaksa turun ke Kuala Kangsar bagi memujuk jentera
BN yang ketika ini sangat bermasalah,” katanya dalam sidang media di
Pejabat PAS Perak, dekat sini, hari ini.
Hadir sama ahli jawatankuasanya, Salman Saleh, Zamri Ibrahim dan Safarizal Saleh.
Mengulas lanjut, Yang Dipertua PAS Kuala Kangsar itu menjelaskan,
Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil juga telah turun
ke Kuala Kangsar beberapa hari lalu dengan tujuan untuk memujuk ahli
serta jentera wanita Umno untuk menerima kenyataan dan keputusan yang
dibuat oleh parti.
Kata beliau dalam pertemuan itu, terdapat beberapa ‘babak sedih’
berlaku apabila ada yang menangis kemungkinan disebabkan tindakan Umno
khususnya Najib yang membelakangi serta mengkhianati suara wanita akar
umbi.
“Kami mendapat maklumat, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin
Yassin pula akan turun ke parlimen itu serta beberapa pimpinan lain
termasuk dari kalangan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya lagi.
Kata Raja Iskandar, hasil daripada pemerhatian pihaknya, terbukti BN
khususnya jentera wanita masih lumpuh dan tidak bergerak walaupun sudah
masuk minggu kedua hari berkempen.
Kata beliau, banyak bilik gerakan juga telah ditutup kemungkinan
protes terhadap tindakan BN yang membelakangi suara akar umbi khususnya
wanita.
PAS Perak katanya melihat suasana tersebut membuktikan BN sangat terkesan dengan tindakan Kamilia.
“Beliau (Kamilia) berkempen setiap masa dengan jenteranya khususnya
ahli keluarnya dan sikap tabah serta semangatnya ternyata memberi kesan
kepada orang Umno itu sendiri khususnya wanita yang bersimpati
dengannya.
“Beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan ahli wanita Umno yang menyokong beliau,” jelasnya lagi.
Tegasnya, PAS Perak melihat akan berlaku saingat sengit antara calon
PAS iaitu Drs Khalil Idham Lim dengan Kamilia, bukannya dengan calon BN
pada pilihanraya kali ini.
udah nak tumpo la tu yeop.
BalasPadamAKU SEDIH ADA PM YG BODOH NI. MANA MUNGKIN NAK PERTAHANKAN KERUSI PARLIMEN KUALA KANGSAR. MAJORITI PUN SERIBU LEBIH JE. DENGAN SWING PENGUNDI CINA DAN PERTAMBAHAN PENGUNDI BARU YG LEBIH MEMIHAK KPD PR, CALON PAS DIRAMALKAN TIADA MASALAH LANGSUNG MEMENANGI KERUSI INI. KENAPA MESTI BUANG MASA DI KUALA KANGSAR ?? JANGAN JADI PM LAGI LA KALAU BENDA MCM NI PUN TAK TAU. KETUA PEMBANGKANG PUN KAU TAK LAYAK SEBAB BODOH MELANTUN2. DITAMBAH DENGAN TELUR PUN TAKDA. DENGAN BINI PUN TAKUT .. CITT.. PODAHH ..
BalasPadamsangat setuju
Padam