Calon wanita KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan,
Fathmawaty Salim dikepung dan diugut sekumpulan samseng ‘tua’ ketika
berkempen bersama jentera parti di kawasan tersebut.
( gambar atas sekadar hiasan)
Menurutnya,
kejadian berlaku semasa beliau bersama sekumpulan wanita mengedarkan
risalah Manifesto Pakatan Rakyat dari rumah ke
rumah untuk menerangkan
kepada wanita mengenai Agenda Wanita Malaysia (AWM).
“Semasa memasuki kampung di Bukit Residen dalam DUN tersebut, kami
dikepung lapan motorsikal yang semua pemandunya golongan berumur. Mereka
ugut supaya kami keluar dari kampung itu, jika tidak mereka akan lapor
polis.
“Walaupun kita bercakap secara baik, mereka tetap berkeras. Kerana
tidak mahu berlaku perbalahan dan cetuskan huru-hara, kami akur dan
keluar dari kampung itu,” katanya kepada Keadilan Daily.
Fathmawaty berkata, beliau turut diserang Penghulu Kampung Jenalik
yang menghamburkan kata-kata penghinaan apabila membandingkan Pakatan
Rakyat dengan Israel.
“Penghulu berkenaan sanggup cakap benda paling dibencinya adalah
Pakatan dan beliau lebih menyukai Israel jika dibandingkan kedua-duanya.
“Saya cuba perbetulkan, tapi dia tetap juga memarahi saya dan tidak
endahkan apa yang saya cakap,” kata Fathmawaty yang juga Ketua Wanita
KEADILAN Perak.
Sekalipun berdepan ugutan penyokong BN, Fathmawaty tidak gentar terus berjuang untuk menumpaskan parti itu.
Katanya, kempen yang berbaki lapan hari sebelum hari pengundian akan
diteruskan untuk bertemu rakyat dengan program ceramah kelompok dan
penerangan tawaran manifesto.
“Alhamdulillah, setakat ini kita teruskan kempen dari rumah ke rumah,
termasuk ceramah kelompok setiap malam. Saya nampak perubahan apabila
rakyat semakin hari semakin ramai datang dengar ceramah.
“Ini terbukti Pakatan sudah diterima sehingga boleh masuk ke
kampung-kampung kubu BN. Saya yakin orang muda bersama Pakatan, sambutan
daripada mereka amat memberangsangkan,” kata beliau.
SETAN2 TUA DIKENALI PUN ADA.....
BalasPadam