Sabtu, 27 April 2013

Tengok nii..Samseng Umno Tua "Ugut" Kempen Wanita Keadilan...

Calon wanita KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan, Fathmawaty Salim dikepung dan diugut sekumpulan samseng ‘tua’ ketika berkempen bersama jentera parti di kawasan tersebut.
 ( gambar atas sekadar hiasan)

FMenurutnya, kejadian berlaku semasa beliau bersama sekumpulan wanita mengedarkan risalah Manifesto Pakatan Rakyat dari rumah ke
 rumah untuk menerangkan kepada wanita mengenai Agenda Wanita Malaysia (AWM). 

“Semasa memasuki kampung di Bukit Residen dalam DUN tersebut, kami dikepung lapan motorsikal yang semua pemandunya golongan berumur. Mereka ugut supaya kami keluar dari kampung itu, jika tidak mereka akan lapor polis.

“Walaupun kita bercakap secara baik, mereka tetap berkeras. Kerana tidak mahu berlaku perbalahan dan cetuskan huru-hara, kami akur dan keluar dari kampung itu,” katanya kepada Keadilan Daily.

Fathmawaty berkata, beliau turut diserang Penghulu Kampung Jenalik yang menghamburkan kata-kata penghinaan apabila membandingkan Pakatan Rakyat dengan Israel.

“Penghulu berkenaan sanggup cakap benda paling dibencinya adalah Pakatan dan beliau lebih menyukai Israel jika dibandingkan kedua-duanya.

“Saya cuba perbetulkan, tapi dia tetap juga memarahi saya dan tidak endahkan apa yang saya cakap,” kata Fathmawaty yang juga Ketua Wanita KEADILAN Perak.

Sekalipun berdepan ugutan penyokong BN, Fathmawaty tidak gentar terus berjuang untuk menumpaskan parti itu.

Katanya, kempen yang berbaki lapan hari sebelum hari pengundian akan diteruskan untuk bertemu rakyat dengan program ceramah kelompok dan penerangan tawaran manifesto.

“Alhamdulillah, setakat ini kita teruskan kempen dari rumah ke rumah, termasuk ceramah kelompok setiap malam. Saya nampak perubahan apabila rakyat semakin hari semakin ramai datang dengar ceramah.

“Ini terbukti Pakatan sudah diterima sehingga boleh masuk ke kampung-kampung kubu BN. Saya yakin orang muda bersama Pakatan, sambutan daripada mereka amat memberangsangkan,” kata beliau.

1 ulasan: