Isnin, 22 April 2013

Umno Pasti "Meroyan" Dengan Berita Panass Ini..

PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.
  PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.


Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan bertemu dengan Dr Nasir Hashim iaitu calon dari PSM di Kota Damansara yang bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara.

Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.



Ustaz Hadi juga memaklum, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS.

Dalam penamaan calon Sabtu 20 April lepas, calon PAS dan PKR bertindan di tujuh kawasan pilihan raya iaitu satu Parlimen dan enam DUN.



Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof memaklumkan ia akan diselesaikan hari ini.

Dengan pengumuman ini bermakna semua kerusi yang bertindih selesai kecuali DUN Kota Damansara yang akan dirundingkan lagi dengan mereka yang terlibat.

JuRaGan : Inilah kehebatan pimpinan dalam PR..boleh bertolak ansur dan muafakat dalam menentukan hala tuju pakatan rakyat..Kehebatan Pas ialah kepimpinan ualamak yang tidak mulah melatah..Kini umno terkapai-kapai macam orang dah nak mampousss apabila ramai dikalangan pimpinannya menjadi calon bebas dan melawan taukeh...bolehkah mereka seatle mcm PR..jangan harap la beb..sebab mereka menyembah nafsu itu sebab apa benda pun dalan Umno tak boleh seatel..


6 ulasan:

  1. Masalah skarg dgn spr..spr kate calon2 xboleh tarik diri laa pulak..kalau org dah tarik diri xnk jd calon xkan kau nk pakse gak..bodo tol la spr ni..bende mudah pun nak susah2kan plak

    BalasPadam
  2. apa plak tak ble tarik diri....
    sblm ni takde masalah pun
    sukati mak bapak diorng la nak bertanding ke taknak
    SPR - Sawan P/Raya

    BalasPadam
  3. SPR dh pinda lama peraturan tersebut dan pengarah pilihanraya mesti tahu pasal perkara ini. In the first place kenapa PAS beri surat watikah pelantikan calon pada semua kerusi2 berkenaan sedangkan sebelum ni dh setuju untuk beri PKR.

    Kota Damansara lagilah teruk, surat watikah calon datang direct dari Hj Hadi sendiri tanpa melalui pengarah pilihanraya PAS dan rakan sejawat dari PR. Pesuruhjaya Selangor dan pemimpin PAS Subang pun tak tahu. Kenapa blh mcm ni? Pengaruh tangan ghaib menantu Hj Hadi kah?

    BalasPadam
  4. TAHNIAH.................................SYUKUR KEPADA ALLLAH.MATLAMAT KITA SATU (KE PUTERA JAYA)TAHNIAH............................................................

    BalasPadam
  5. bagi dun damansara tu, sy syorkan pakai dadu la... lebih adil.

    BalasPadam
  6. Accident adik beradik boleh tolak ansor lah. InsyaAllah selesailah tu. Sebah ada tujuh tempat..........la ni tinggal satu tempat aja.Istikharah malam ni.......... besok setel.

    BalasPadam