Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Barisan
Nasional (BN) akan memberikan calon-calon terbaik di negeri itu bagi
mewakili parti menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Justeru, beliau berkata rakyat Perak harus memberi sokongan kepada
sesiapa sahaja calon yang ditetapkan oleh pimpinan tertinggi parti untuk
bertanding di negeri itu termasuklah calon-calon dari parti komponen.
"Saat ini kita ingin memberikan calon terbaik untuk mewakili Barisan
Nasional. Itu janji kita, calon seperti mana yang dikehendaki Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, calon boleh menang.
"Kita hendaklah bersatu, siapa sahaja yang dicalonkan pimpinan kita,
maka itu adalah calon BN,"
katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran
Jentera PRU-13 BN Perak, di Stadium Indera Mulia, dekat sini, malam
Jumaat.
Hadir sama timbalan pengerusinya Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah,
bekas menteri besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, Setiausaha Agung
MCA Datuk Seri Kong Cho Ha dan pimpinan tertinggi parti negeri.
Zambry yang juga Pengerusi BN negeri berkata berkata rakyat Perak
tidak patut bergaduh dan memilih calon yang mereka gemari sahaja dan
untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang.
"Jangan sesekali kita tolak, kita kata tak mahu orang ini...nak orang (calon)itu.
"Atas nama dan semangat Barisan Nasional kita mesti bersatu
bersama-sama walau apa jua keadaan sekali pun kita tetap bersama-sama,"
katanya.
Beliau turut mengingatkan rakyat Perak supaya mengimbas kembali
tempoh pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri itu selama 11 bulan sebelum
pentadbiran diserahkan semula kepada kerajaan BN.
"Peringatan besar kepada semua, jangan ulangi peristiwa yang sama (2008). Jangan tuan-tuan, jangan dan jangan," tegasnya.
Tambahnya, tidak seperti pembangkang, keindahan dan kehebatan BN
dibuktikan apabila setiap anggota boleh berbincang dan duduk
bersama-sama untuk menyelesaikan sesuatu masalah, termasuklah masalah
pemilihan calon.
Dianggarkan kira-kira enam ribu penyokong hadir pada majlis ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan