Isnin, 27 Mei 2013

Alasan "Haprak" Mamat Nii Selepas BN Menang...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memulakan kajian semula undang-undang pilihan raya dan prosedur pendaftaran pengundi bagi menangani aduan seperti bilangan luar biasa besar pengundi didaftarkan di alamat yang sama tidak lama lagi.

Antara perkara-perkara yang sedang dipertimbangkan oleh suruhanjaya itu termasuklah mendapatkan kuasa untuk "mengeluarkan" pengundi-pengundi yang tidak tinggal di alamat tersebut dan mengemaskini pendaftaran mengikut alamat yang disenaraikan di dalam MyKad mereka.

"Kami akan mengkaji secara terperinci semua aspek undang-undang berkaitan kawalan pendaftaran pengundi untuk melihat semua kelemahan yang boleh memberi ruang untuk penipuan oleh mana-mana parti politik apabila mereka mendaftar sebagai pengundi," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Ahad.

Terdapat dua undang-undang, Akta Pilihan Raya 1958 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, di samping tiga lagi iaitu Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pejalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

Wan Ahmad berkata, salah satu masalah SPR yang dihadapi dalam menangani kes-kes itu adalah ketidakupayaan untuk membatalkan nama mana-mana pengundi dari satu alamat walaupun suruhanjaya yakin bahawa pengundi tidak pernah tinggal di situ atau tidak lagi tinggal di tempat tersebut.

Beliau berkata di bawah undang-undang yang sedia ada, hanya pengundi mempunyai kuasa untuk menukar alamat mengundi mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan