Jumaat, 10 Mei 2013

DAP Tiada Minat Dengat BN...

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng secara tegas hari ini menyatakan pendirian parti itu menolak pelawaan untuk menyertai BN bagi menyertai kabinet mewakili orang Cina dalam kerajaan.

Menurut beliau, perjuangan DAP adalah untuk kepentingan rakyat bukan untuk jawatan mahupun kepentingan peribadi.

"DAP tidak mempunyai minat untuk menyertai BN bagi jawatan kerana jika kita mahu, kita boleh berbuat demikian ketika  40 tahun lepas.

"Walau bagaimanapun DAP enggan menyertai BN dan berpegang teguh kepada cita-cita kita, prinsip-prinsip dan dasar-dasar negara Malaysia yang lebih adil, bebas dan demokratik," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk memastikan ada perwakilan Cina dalam kerajaan.

Gesaan tersebut dibuat Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin sebagai mengulas kenyataan AJK Pusat MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan bahawa DAP boleh mewakili kepentingan masyarakat Cina di peringkat kerajaan persekutuan.

Ini kerana MCA telah membuat keputusan tidak mahu menyertai kerajaan kerana kekalahan teruk mereka akibat ditolah oleh orang Cina pada PRU13 lalu.

Mengulas lanjut Guan Eng berkata, pemimpin DAP bukan jenis gila jawatan, malah sejak sekian lama ramai kalangan pemimpin DAP mengorbankan keistimewaan mereka dan sanggup dipenjarakan dan ditahan kerana memperjuangkan hak rakyat.

"Sebelum panggilan kepada DAP untuk menyertai BN ini, telah terdapat juga panggilan serupa terhadap PAS untuk menyertai BN agar membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno," katnya.

"Semua ini dilakukan apabila Umno terdesak selepas melihat keberanian masyarakat Cina mengundi menentang BN.

"Jelas taktik terbaru BN direka untuk memcahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan