Jumaat, 10 Mei 2013

Perkembangan Terkini..Perak Akan Dikuasai Semula Oleh PR..??

Salam 1 Bangla...Apakah Perak akan dapat dikuasai oleh Pakatan Rakyat semula??itulah persoalannya,mahukah UmnoBn Haprak berlaku jujur..??ini berikutan banyak kemusykilan dan penipuan berlaku semasa proses pengiraan undi di 6 kawasan..untuk itu PR Perak telah mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan di enam kawasan pilihan raya di negeri itu.

Difahamkan kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama. 

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti berlakunya penipuan pilihan raya.

Antara penipuan dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti.

Nizar memberitahu perkara itu ketika berucap di majlis munajat kesyukuran HALWA  Bukit Gantang di Markaz Pas Kawasan Bukit Gantang semalam.

Turut hadir pada majlis itu Naib Yang DiPertua PAS Bukit Gantang Abdul Rahim Ismail.

Pada PRU13 lalu, BN menang 31 kerusi Dun Perak manakala Pakatan Rakyat memperoleh 28 kerusi.

3 ulasan:

  1. SPR kata..sape yg ada ic boleh mengundi..bangla, nepal,indon, pinoy dsbnya...PACA (Poll and counting agent) x blh buat apa...negaraku Malaysia yg tercinta..kerajaannya ditentukan org luar...huhuhuu

    BalasPadam
  2. tahan warga asing minta IC menyalahi undang-undang, sesuka hati bagi IC pada warga yang nama PM pun tak tahu, cakap melayu pun tak tahu, agaknya Agung tu apa pun tak tahu, bukan ke khianat pada rakyat, negara dan Agung....??? Susah bila kerajaan angkat diri jadi tuan... sedangkan kerajaan kuli rakyat.

    BalasPadam
  3. kita diperintah kerajaan haram doa doa lah keajaiban berlaku

    BalasPadam