Sabtu, 18 Mei 2013

Ini Yang Umno Takut..BN Tak Akan Bertahan Lama Di Kedah - Mahfuz

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar optimis bahawa kekuatan Umno-BN tidak akan bertahan lama dan akan kembali bergolak setelah ketiadaan Tun Dr Mahathir Mohamad. Malah katanya, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Mukhriz Mahathir juga hanya akan diterima selagi mana adanya Dr Mahathir.


“Bukan bermaksud saya minta Dr Mahathir mati cepat, tetapi hendak menyatakan bahawa dia (Mukhriz) mampu naik ke kedudukan yang ada sekarang ini kerana ayahnya,” ujar beliau dalam ucapan sulungnya sempena majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk mantan Menteri Besar, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 14 Mei lalu.

Beliau juga sangat yakin semua Adun PAS dan Pakatan Rakyat mampu berhadapan Adun-adun BN dalam Dewan Undangan Negeri serta menangkis segala serangan yang mungkin dibuat terhadap pentadbiran 5 tahun Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Secara khusus, Mahfuz juga berharap Ustaz Azizan akan menyertai kekuatan Adun-adun Pakatan Rakyat dalam Sidang Dun Kedah walaupun terpaksa berkerusi roda

Menyentuh perjalanan PRU lalu, beliau percaya semua petugas PAS telah melaksanakan tugas terbaik, namun gagal menghadapi tipu muslihat oleh Umno-BN yang turut berkonspirasi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak-pihak lain.

“Program Himpunan Blackout 505 yang dirancang itu bertujuan mendedahkan kepada masyarakat bahawa kekalahan ini angkara tipu muslihat yang dilakukan pelbagai pihak. Jika ada pihak mempersoalkan bukti terhadap perkara itu, memang terdapat banyak perbuatan curang jenayah demokrasi dilakukan pelbagai pihak.

“Paling jelas adalah isu dakwat kekal sebagai isu fundamental di mana tujuan diadakan calitan dakwat kekal itu untuk memastikan PRU13 bersih tetapi dakwat itu tidak dapat dipertahankan SPR,” tegasnya.
Ditanya perancangannya selaku Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Mahfuz menegaskan bahawa beliau akan turun ke bertemu pimpinan PAS Kawasan-kawasan untuk mendengar pandangan mereka supaya parti dapat digerakkan.

Jelasnya lagi, beliau juga akan mendengar pandangan dari pelbagai segmen kumpulan dalam masyarakat yang menyokong PAS baik dari kalangan profesional, ulama, anak muda, muslimat dan sesiapa sahaja.
“Saya sedia atur pertemuan bagi mendengar pendapat dan pandangan mereka bagi mengembalikan PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU akan datang,” terang Mahfuz.

Beliau turut menyeru agar semua pendokong kembali bangun dan memacu perjuangan sehingga PAS dan Pakatan Rakyat kembali melangkah ke Wisma Darul Aman.

4 ulasan:

  1. Kalau berlaku pergolakan dalaman UMNO, rasanya pengundi tak akan beri perhatian sangat....Yang penting kebajikan rakyat di jaga...selagi BRIM diteruskan..kompom pengundi terbanyak luar bandar akan pangkah BN....dont worry....

    BalasPadam
  2. umnotakreleven18 Mei 2013 11:24 PTG

    pas gagal bersaing dgn dap dlm memenangi kaum sendiri!

    pas kadang2 terperangkap dgn permainan sendiri!

    pemimpin dan penyokong pas.......ADA YG SEOLAH SENGAJA BAWAK ISU YG BELIT DIRI!

    sepatutnya agenda untuk kukuh pakatan...difokus sama dgn agenda utk kuatkan pas sendiri!

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju. jangan harapkan kehadiran ceramah yg ramai kalau tak dapat memikat pengundi memihak kpd kita. jangan bercakap berkobar2 sedangkan dalaman bercakaran. jangan letak impian tinggi bila politik kurang strategi

      Padam
  3. dengar yg tulin sajalah yb mahfuz,yg masih ada dna puak sana,jgn percaya sangat,tak leh harap asyik nak putrajaya,yg lain tak kira main langgar saja.TGHA sebut yg benar pun,dikata geng ug la.SELAGI TAK RUGI ISLAM,KAT PR KA UMNO KA.

    BalasPadam