Pemangku
Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bersama Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar
Raja Muda Musa berkenan bergambar bersama Menteri Besar Perak, Datuk
Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Perak (EXCO) yang dilantik pada Majlis Perlantikan dan Mengangkat Sumpah
Jawatan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak di Istana Iskandariah,
Kuala Kangsar, pada Sabtu.
KUALA KANGSAR: Enam muka baru antara sembilan yang mengangkat
sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak di
Istana iskandariah di sini, pada Sabtu.
Mereka mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Enam muka baru ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Datuk
Rusnah Kassim; ADUN Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan; ADUN
Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya; ADUN Belanja, Mohd Nizar Zakaria;
ADUN Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi; dan ADUN Batu Kurau,
Dr Muhammad Amin Zakaria.
Tiga Exco yang diantik semula ialah ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani
Mohamad; ADUN Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan ADUN
Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.
Tiada wakil MIC dan MCA.....semuanya dari UMNO....Tahniah...Hidup Melayu!!!!!
BalasPadamDiberitakan ada kelihatan seorang pompuan tua tak sedar diri,mengendap-ngendap di luar istana,cuba untuk masuk tapi dihalau dengan hina oleh penjaga istana,apabila diteliti rupa-rupanya dia seorang bekas Exco yang samseng masa memegang jawatan dan menjadi YB..kini dia dah tak siuman..pihak polis lalu menahan dan membawa dia ke Tanjung Rambutan..Siapakah dia??masih menjadi tanda tanya..??
BalasPadamKak midah ke yg tuan maksudkan ni...wakakaakaka
PadamTahniah Melayu...Kita tengok kebolehan Melayu ini, membina atau merudum.
BalasPadam