Sabtu, 18 Mei 2013

Terkini..Dari Istana Bukit Chandan..

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bersama Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa berkenan bergambar bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) yang dilantik pada Majlis Perlantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada Sabtu.

KUALA KANGSAR: Enam muka baru antara sembilan yang mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak di Istana iskandariah di sini, pada Sabtu.
Mereka mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Enam muka baru ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Datuk Rusnah Kassim; ADUN Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan; ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya; ADUN Belanja, Mohd Nizar Zakaria; ADUN Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi; dan ADUN Batu Kurau, Dr Muhammad Amin Zakaria.

Tiga Exco yang diantik semula ialah ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad; ADUN Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

4 ulasan:

  1. Tiada wakil MIC dan MCA.....semuanya dari UMNO....Tahniah...Hidup Melayu!!!!!

    BalasPadam
  2. Diberitakan ada kelihatan seorang pompuan tua tak sedar diri,mengendap-ngendap di luar istana,cuba untuk masuk tapi dihalau dengan hina oleh penjaga istana,apabila diteliti rupa-rupanya dia seorang bekas Exco yang samseng masa memegang jawatan dan menjadi YB..kini dia dah tak siuman..pihak polis lalu menahan dan membawa dia ke Tanjung Rambutan..Siapakah dia??masih menjadi tanda tanya..??

    BalasPadam
  3. Tahniah Melayu...Kita tengok kebolehan Melayu ini, membina atau merudum.

    BalasPadam