Usah mimpi kerajaaan Barisan Nasional (BN) akan mendapat sokongan
Pakatan Rakyat bagi meluluskan kajian persempadanan kawasan pilihan raya
sekiranya ia tidak dilakukan secara telus dan adil.
Anggota
parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, tanpa mendapat sokongan dua
pertiga di parlimen, rang undang-undang persempadanan semula kawasan
pilihan raya tidak akan diluluskan.
“Ini kerana persempadanan
kawasan pilihan raya sebelum ini hanya dibuat bagi menguntungkan BN
semata-mata. Bukti dapat dilihat di kawasan bandar yang mempunyai
sehingga lebih 100,000 pengundi tidak diwujudkan kawasan baru.
“Sedangkan
kawasan pedalaman yang tidak ramai penduduk dipecah-pecah kepada lebih
kecil dengan harapan memberi keuntungan Umno dan BN,” katanya pada
ceramah perdana di Dataran Stadium malam tadi.
Hadir sama
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar,
Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besaar, Datuk Mohd Amar
Abdullah, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.
Turut
hadir Presiden R, Nazri Deraman dan Presiden K, Zulkapli Yaacob. Puluhan
ribu mengikuti ceramah sulung selepas pilihan raya umum ke-13 pada 5
Mei lalu.
Baru-baru ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof membayangkan pihaknya akan
melakukan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi
mengadapi pilihan raya umum ke-14.
Mengikut amalan setiap lapan
hingga 10 tahun kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya perlu
dilakukan dengan mengambil kira pertambahan penduduk. Bagaimanapun rang
undang-undang yang dicadangkan itu perlu mendapat sokongan dua pertiga
anggota parlimen.
Anthony yang juga Adun Rasah berkata, pada
PRU-13 lalu bandar-bandar besar yang menjadi ibu negeri dikuasai
sepenuhnya Pakatan Rakyat kecuali Johor Bahru dan Kangar.
Menurutnya juga DAP akan terus bersama Pakatan Rakyat bagi menggantikan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.
“Kita
tidak akan layan biar pun ada kenyataan veteran Umno, Tan Sri Zainuddin
Maidin supaya DAP mennyertai BN sebagai menggantikan MCA dan Gerakan.
Kita berjuang bukan kerana jawatan sebaliknya mahu menggantikan kerajaan
yang zalim dan korup,” ujarnya.
Sementara itu Tuan Guru Nik
Abdul Aziz berharap orang ramai mendoakan kesihatannya lebih baik bagi
membolehkan beliau sekali lagi dapat turut berkempen bagi menghadapi
pilihan raya umum ke-14.
“Kalau mengikut sirah Nabi Muhammad saw
selepas tiga bulan tidak turun wahyu, baginda akhirnya dipanggil
mengadapi Ilahi. Saya tidak tahu sama ada masih hidup dalam tempoh tiga
bulan, tiga tahun akan datang.
“Tuan puan pakat-pakat berdoa
semoga saya masih sihat dan dapat menyumbang tenaga bagi mengahadapi
pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan