Kajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya
bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik
rupa-rupanya palsu.
Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor
laman webnya Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu
telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau
menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei yang lalu.
Setelah
disemak, jabatan IT The Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang
daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa
alamat IP yang lain dari bangunan yang sama.
“Manakala 2,000 lagi
datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah
jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai
satu yang objektif dan boleh dipercayai,” kata The Edge.
Difahankan keadaan ituberlaku akibat telah digodam cybertroopers.
Dalam
kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya
samada Anwar harus terus memimpin Pakatan Rakyat atau bersara ekoran
kegagalan pakatan itu untuk memenangi pilihanraya 5 Mei yang lalu.
81 peratus atau 10,396 daripada 12,736 reaksi yang diterima berpendapat Anwar patut bersara.
aku pon pelik, 5.7 juta sokong PR.tiba2 81% nak DSAI bersara. sah umno yg godam
BalasPadamkesian anwar, angan angan mat jenin nak jadi piem tak juga kesampaian, jom Ubah yg dilaungkannya membuat wajahnya menjadi berUbah, semakin pucat kering tak bermaya,kesian.
BalasPadamkuat lagi najib dan noh omar berangan nak tawan selangor dan jadi MB selangor x jadi kenyataan walaupon dibantu oleh banglasia namu masih juga kalah.kahkahkah
PadamApa kata kita sembang tentang 7 menteri kristian dlm kabinet sekarang ni..!!!
BalasPadamcantekkkkkk....sistem pendidikan kristian..???
Padam