Kerajaan Negeri Kedah telah mengagihkan tugas
melaksanakan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Kedah kepada anggota
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik semalam, kata
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Beliau berkata,
sebagai contoh isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) telah diserahkan
kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya
Datuk Tajul Urus Mat Zain untuk menyelesaikannya.
Mukhriz
berkata, kesemua anggota Exco perlu menyediakan laporan Petunjuk
Prestasi Utama (KPI) setiap tahun bagi memudahkannya menyelaraskan
hasil kerja yang dibuat sekali gus dapat menunaikan Aku Janji BN Kedah.
“Saya
tak akan guna sewenang-wenangnya kuasa untuk tamatkan lantikan Exco
untuk tempoh setahun. Kita mahu semua Exco rangka perancangan dalam
tempoh lima tahun untuk mudahkan kita selaraskan kerja.
“Contohnya kalau seseorang Exco tak penuhi KPI 100 peratus tetapi ada
perancangan nak penuhi KPI tersebut sudah memadai bagi saya,” katanya.
Sedikit musyukil ialah tidak disebut pun tentang janji-janji "Capati" BN
sebelum ini yang akan dibuat dalam masa 100 hari selepas boleh menawan
Kedah iaitu:-
1. BN akan tutup semua pusat hiburan di Kedah yang dibuka di masa Pakatan Rakyat.
2. BN akan membatalkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
3. BN akan hapuskan bayaran parking letak kereta di MBAS.
4. BN akan menurunkan tarif air sebanyak 10 sen untuk satu meter padu.
5. BN akan memansuhkan 3/4 dari program pengajian di KUIN yang dianggap membazir dan tiada sambutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan