Ahad, 19 Mei 2013

Kerana Takut..BN Turunkan Harga Minyak RM0.50 Esok..??


Penurunan Harga Minyak akan berkuat-kuasa pada 20 Mei 2013 iaitu esok. Kabinet Baru Barisan Nasional hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak RM0.50 sen,di semua stesen minyak di seluruh negara. Perkara ini disahkan oleh seorang menteri kabinet selepas selesai mesyuarat tengahari tadi.

Kabinetdalam Mesyuarat nya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis-premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.

Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen dalam negara ini.Kebinet berharap penurunan harga minyak ini dapat mengurangkan bebanan rakyat,Walaupun tiada dalam manifesto BN,namun atas sikap prihatin kerajaan BN maka penurunan harga minyak di lakukan.


Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga,

1.Minyak Angin (Cap kapak dan cap Tombak)
2.Minyak Senyonyong (Cap Dacing dan Cap Senduk)
3.Minyak Gamat ( Keluaran Pak Mat,Veteran Umno Yang Boikot Air Asia)
4.Minyak Dagu dan Minyak Tumit
5.Minyak Pengasih dan Minyak Meluat

6.Minyak Belacak

Diharapkan pengundi BN bersyukurlah dengan penurunan harga minyak ini..!!

22 ulasan:

  1. Terimakasih PR. Ini semua adalah hasil perjuangan PR bukan kerana kerajaan BN perihatin terhadap rakyat. Tanpa jejuangan PR, BN sewenang2 memerintah negara dengan menindas golongan pendapatan rendah.

    BalasPadam
  2. Negara adalah milik rakyat.Apabila PAKATAN RAKYAT kuat, UMNO/BN tak boleh lagi memerintah negara dengan sesuka hati.Begitulah hebatnya kuasa rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooooo.. ni sorang lagi tak baca abis... kan dah terkono

      Padam
  3. tn 9.06 tak baca sampai habis kok.

    BalasPadam
  4. mula2...dah nak meloncat, tapi ayat dgn tanda '?'...terkena dahhhhhh....kahkahkah

    BalasPadam
  5. apa ni lawak tahap gaban ..... ha ha ha ha

    BalasPadam
  6. Adoii..suspen..ingat bn dh insaf..hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni ade yg kene tabok ni kan...

      Padam
  7. kalau turun 30 sen pun kira ok juga janji turun

    BalasPadam
  8. Kita bukan nak minyak turun 50 sen kita nak umno turun

    BalasPadam
  9. LU kena BEB!,nak terkincit rasanya....HIDUP MELAYU!!!!!!!!....

    BalasPadam
  10. taubat lahom kera jaan bn nak turunkan minyak 50 sen hehh

    BalasPadam
  11. Agak agak BN nak turun harga minyak lepas PR13 ker?....

    BalasPadam
  12. kenapa nak turun harga minyak...tak de pun dalam manifesto BN...naik lagi adalah..biar si luncai terjun dengan labu2 nya...hidup sidungu

    BalasPadam
  13. Minyak petrol memang selalu turun....
    tak caya p tarok minyak kat keta atau kat moto.
    Tangki tak penuh la kalau minyak x turun.

    BalasPadam
  14. Adoi, aku xguna minyak angin, aku guna minyak petrol ngan minyak sawit Karat E-aju oooiii

    BalasPadam
  15. Hantu betul. Ingatkan betul2 minyak turun. Kirim salamlah klu BN nak turunkan harga minyak. Najib buang tebiat klu turunkan harga. Kiamatlah dunia!!!

    BalasPadam
  16. jgn la bg terkejut..minyak turun kat malaysia ni kira benda ajaib di dunia dah haha

    BalasPadam