Ahad, 19 Mei 2013

Najib Tunjukkan "Kemarahan"nya Pada Umno Selangor..

Najib benar-benar menunjukkan kemarahannya kepada Umno Selangor apabila tiada seorang pun pemimpin Umno Selangor yang dilantik sebagai menteri.

Ia memecah rekod kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah kabinet tidak mempunyai wakil dari Umno Selangor.

Paling ketara ialah apabila Noh yang sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani digugurkan dari kabinet.

"Mengapa Noh dan pemimpin Umno Selangor yang lain sahaja yang perlu bertanggungjawab sedangkan orang paling awal mesti bertanggungjawab atas kekalahan Umno Selangor ialah Najib sendiri kerana beliau bukan sahaja  Pengerusi Perhubungan Umno Selangor malah Pengarah Pilihan Raya BN Selangor.

"Sebab itulah rakyat melihat Noh dimangsakan kerana keengganan Najib untuk bertanggungjawab," kata Mahfuz.

Selain Noh, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman juga dilihat sebagai salah seorang mangsa utama apabila tiada dilantik mengisi sebarang tempat dalam kabinet baru najib.

4 ulasan:

  1. Jawapannya senang saja! Sebab UMNO Selangor tak mampu nak tolong BN rampas balik Selangor.

    BalasPadam
  2. bn mengamalkan KPI@ prestasi kerja.siapa yang bagus KPI akan mendapatkan ganjaran yang baik,yang lemah KPI bye bye...betul dah apa yang Pak Jib buat.kabinet berimbang..tahniah lah kepada Pak Jib...MP dari sabah sarawak masih kurang.Pak Jib kena bagi lebih lah sikit sebab sabah sarawak penyumbang utama kemenangan bn.itu waytha moorthy ponnusamy apa hal?.sia-sia lah MP sabah sarawak memenangkan bn.berkempen sana sini sampai nak pecah anak tekak orang lain yang dapat..yang dapat bekas pemimpin hindraf pulak tu...orang yang pernah menghina dan mencaci bn sedikit masa dulu..inikah yang dikatakan politik?apa muslihat pak jib ni...?tapi betul lah pak jib..bukan senang nak memuaskan hati semua orang..yang tak terpilih jadi menteri kena lah terima hakikat.hidup ni macam putaran roda.kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita dibawah..kepada noh dan ghani banyak-banyak bersabar..ini lah realiti kehidupan..

    BalasPadam
  3. ternyata najib kecewa teramat sangat apabila gagal merampas kembali selangor.pada PRU kali ini bn betul-betul "attack" selangor,sampai terpaksa buat manifesto tambahan untuk negeri selangor tetapi gagal juga.kalah teruk pula tu..jangan putus asa,cuba lagi..insya allah.

    BalasPadam
  4. Siang malam.pagi dan petang kempen dalam TV semuanya menyasarkan kepada Selangor,Najib turun beribu-ribu-ribu orang follow siap makan dekat warung lagi,malah Umno Selangor paling buncit perut pada PRU kali ini apabila ratusan juta diberikan untun mengambil kembali Selangor.

    Kalau bab air toksah kiralah,ditambah dengan janda-janda merenyam yang nak saman MB Selangor pasal tak bagi peruntukan,siap buat demo lagi.Namun hakikatnya rakyat Selangor tidak boleh diperbodohkan yang bolkeh diperbodohkan ialah pencacai Umno yang dulu,kini dan selamanya jadi lembu.

    Tahniah rakyat Selangor,anda telah memilih jalan yang betul dan memberikan kemaluan yang besar kepada Najib!!

    BalasPadam