Sebarang petisyen yang dikemukakan parti politik yang bertanding pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu didengar dan diselesaikan dalam
tempoh enam bulan daripada tarikh ia difailkan, kata Ketua Hakim Negara
Tun Arifin Zakaria.
Beliau berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh semua hakim
yang bakal mendengar permohonan semakan keputusan PRU13 bagi memastikan
konsep keadilan dapat ditegakkan.
"Perkara ini penting memandangkan ada cubaan (parti politik) untuk
mengemukakan petisyen berikutan kurang berpuas hati dengan keputusan
PRU13 lalu.
"Jika petisyen itu dikemukakan atau difailkan, saya memohon kerjasama
semua (hakim) untuk melaksanakan tanggungjawab (mendengar) dengan minda
yang bebas... tanpa dipengaruhi oleh desakan pihak tertentu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Majlis Hakim-hakim Malaysia Kali Ke-47, di sini hari ini.
Turut hadir Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Mohd Raus Shariff, Hakim
Besar Malaya, Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin dan Hakim Besar Sabah
dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjun.
Arifin berkata tempoh enam bulan itu adalah realistik, kerana
menjangkakan terdapat petisyen yang akan dikemukakan dari Sabah, Sarawak
dan negeri-negeri di Semenanjung.
Seramai 101 Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah
Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman menghadiri persidangan tahunan itu.
Arifin turut menasihatkan hakim untuk tidak memberikan sebarang reaksi
balas terhadap komen yang dibuat oleh pengguna internet yang tidak
berpuas hati dengan keputusan penghakiman.
Katanya, setiap keputusan yang sudah dibuat itu adalah muktamad dan
atas pertimbangan sewajarnya oleh hakim yang bertanggungjawab dalam
mendengar dan mengadili kes berkenaan.
"Walaupun ada komen yang dibuat atau disebarkan dalam internet itu
berunsur negatif dan berniat menjejaskan nama baik sistem kehakiman,
kita (hakim) tidak perlu melayannya kerana ia dibuat oleh mereka yang
tidak memahami fakta sebenar kes," katanya.
Sementara itu, beliau turut mengingatkan semua hakim supaya membuat
keputusan penghakiman bersandarkan perbicaraan yang dijalankan dan
keterangan yang dikemukakan demi menjaga kepentingan awam.
"Perkara ini perlu diberi perhatian kerana ada trend sebelum ini... ada
hakim yang cuba memperluaskan skop hak asasi kemanusiaan dalam
keputusan penghakiman mereka.
"Jika ini berlaku, menjadi perhatian dan kerisauan dalam kalangan
pengamal undang-undang dan akhirnya dibimbangi akan memberi gambaran
tidak betul terhadap kredibiliti badan kehakiman yang bertanggungjawab
menegakkan keadilan di negara ini," katanya
Ingat 2 dari 3 hakim masuk neraka... jangan jadikan diri anda yang dua itu... jadilah hakim yang menghuni syurga.
BalasPadamCukuplah jika UMNO yang nak ke neraka atas kehendaknya sendiri.
hakimilah dgn bijaksana dan adil....jgn terlalu takut dgn UMNo/Bn tu.....jialau tidak....mahkamah rakyat pula akan bersidang.....
BalasPadamMahkamah?? Tp itu je pilihan yg ada..kita tgk la nnti mcm mahkamah layan petisyen tersebut..
BalasPadamwithout FEAR OR FAVOUR...AKU TABIK
BalasPadam