Beberapa hari sebelum Parlimen dibubarkan,
saya dan beberapa penggerak isu semasa di Kedah dipanggil oleh Naib
Presiden Datuk Mahfuz Omar. Kami meneliti meneliti sebuah kajiselidik yang dijalankan
oleh sebuah badan professional. Perihal di seluruh negara, secara
umumnya sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat merosot sebanyak
empat peratus berbanding enam bulan sebelumnya.
Apa yang mengejutkan dalam kajian tersebut ialah kemerosotan sokongan
Melayu terhadap Pakatan berlaku paling teruk di Kedah, iaitu sebanyak 9
peratus! Jika pada September 2012 sokongan Melayu untuk Pakatan ialah
53 peratus, namun Mac 2013 sokongan merosot tinggal 44 peratus sahaja.
Mengikut kajian tersebut, kerusi DUN yang mampu dimenangi oleh Pakatan
Rakyat di Kedah cuma 14.
Mahfuz melahirkan kebimbangan Pakatan akan
kalah di Kedah jika perkara tersebut tidak berjaya diatasi.
Berikutnya, Penerangan PAS Kedah mengambil tanggungjawab menghimpunkan
semua tenaga penerangan bagi memberi taklimat khusus menangani isu
kemerosotan sokongan Melayu.
Datuk Mahfuz Omar ketika
membentangkannya menjelaskan, antara faktor utama kemerosotan sokongan
Melayu ialah pemberian BR1M 2.0. Namun di Kedah, katanya, terdapat
faktor-faktor khusus yang menambah penolakan terhadap Pakatan. Isu
terbesarnya ialah 'penebangan balak secara rakus'. Kali pertama dalam
sejarah negara, isu alam sekitar mendapat perhatian dari masyarakat
Melayu. Isu lain ialah kepimpinan PAS yang dilihat berpecah dan kemelut
Kolej Universiti Insaniah. Maknanya, isu khusus dalam pentadbiran Kedah
yang menyumbang penolakan orang Melayu terhadap kerajaan negeri. Soal
sama ada kerajaan benar-benar gagal adalah persoalan lain, namun BN
yang menguasai segenap media berjaya membina persepsi negatif rakyat
terhadap kerajaan negeri.
Di samping tenaga penerangan peringkat
negeri diperjelaskan mengenai isu-isu tersebut untuk ditangani,
Penerangan Negeri turun hingga ke kawasan memberi taklimat.
Kebimbangan tersebut pernah saya catatkan di ruangan ini, menjelang hari pembubaran Parlimen. Berikut antara petikannya;
"Secara jujur saya sempat mengikuti hasil kajiselidik yang menampakkan
Pakatan menghadapi sedikit masalah di kawasan majoriti Melayu dan
sebaliknya di kawasan pengundi bercampur. Jangan fikir bahawa isu BR1M,
pembalakan, kalimah Allah, DAP, Kristian, kenyataan Nurul Izzah
mengenai kebebasan beragama, Tian Chua dalam isu Lahad Datu - langsung
tidak memberi bekas kepada pengundi Melayu. Ia berkesan sehingga
berjaya melarikan 4 peratus sokongan Melayu!
Selangor menjadi
negeri Pakatan yang diserang bertalu-talu oleh media talibarut BN
berbanding Kedah, namun sedikit mengejutkan kerana kedudukan Selangor
menjadi jauh lebih baik dari Kedah, malah hampir pasti akan mengekalkan
penguasannya dalam PRU13.
Situasi terkini menunjukkan bahawa Pakatan perlu bekerja berkali ganda di Kedah dalam usaha mempertahankan kerajaan negeri."
Memang jentera Pakatan Kedah telah bekerja berkali ganda dalam PRU ini
dalam usaha mempertahankan kerajaan negeri Kedah. Namun terdapat isu
yang perlu ditangani dengan penyelesaian atau gambaran penyelesaian, ia
tidak berlaku. Ia tidak boleh dijelaskan melalui ceramah.
Isu
ribuan penduduk Baling yang menghirup air keruh saban hari dari bekalan
air masyarakat Gunung Inas tidak boleh dijelaskan di pentas pidato. Ia
hanya selesai jika penduduk mendapat bekalan air bersih semula dan ia
tidak mungkin berlaku apabila hutan digondolkan. Orang kampung tidak
mahu tahu manfaat ladang rakyat, jika air yang menjadi keperluan asas
mereka tercemar teruk.
Kemelut yang melanda KUIN, sebahagian
besarnya melibatkan masalah kewangan. Pihak yang dipergunakan BN
menyerang kerajaan negeri ialah sebahagian staf yang menghadapi masalah
tersebut. Mereka kemukakan hujah berdasarkan fakta dan angka. Ia mampu
mempengaruhi rakyat. Apabila mereka kemukakan cadangan penyelesaian,
maka ia wajar diraikan oleh pihak kerajaan. Itu cara orang politik
berpolitik, tampak lunak untuk menyelesaikan masalah. Sama ada cadangan
itu hendak diikuti atau tidak itu persoalan nombor sepuluh. Tapi kalau
cadangan yang dikemukakan ditolak mentah-mentah, "Hangpa sapa nak ajar
orang?..." maka persepsi yang terbina di kalangan rakyat ialah kerajaan
yang ada angkuh, tidak menghormati pandangan rakyat.
Isu
perpecahan dalaman yang tampak berlaku dalam PAS Kedah, bukanlah
terlalu besar tetapi diperbesarkan oleh media BN, sehingga sekumpulan
ahli biasa yang mengangkat sepanduk pun di siarkan di muka hadapan
akhbar harian. Isu ini pun tidak boleh dijelaskan dalam ceramah tetapi
melalui penyelesaian.
Isu peningkatan mendadak pusat hiburan sejak
Pakatan mentadbir Kedah tidak boleh dijelaskan dalam ceramah. Rakyat
tidak boleh menerima alasan itu kerja KCS yang meluluskan lesen kerana
bagi mereka MB dan Exco lebih berkuasa. Selagi pusat hiburan itu tampak
bersepah di depan mata, penjelasan apa sekalipun tidak membawa makna.
Orang Melayu termakan dengan isu-isu seperti itu. Maka akhirnya
keputusan yang dibuat oleh sebahagian pengundi Melayu ialah menolak
Pakatan di Kedah. Ia menjejaskan semua kerusi teras Melayu. Pakatan
kalah di Kupang, Pantai Merdeka, Kuala Nerang, Pedu, Air Hitam,
Belantik, Jeneri, Bukit Lada - yang kesemuanya pernah dimenangi oleh
PAS.
Sementara 15 kerusi yang dimenangi Pakatan di Kedah
diselamatkan oleh undi Cina iaitu Anak Bukit (10.56 %), Pengkalan
Kundor (22.82 %), Kubang Rotan (27.3 %), Alor Mengkudu (23.96 %), Derga
(38.78 %), Kota Darul Aman (61.88 %), Bukit Selambau (19.8%, I:
25.46%), Bakar Arang (41.33 %), Sidam (40.46 %), Kuala Ketil (6.75%, I:
10.58 %), Merbau Pulas (13.35 %, I: 18.80 %) dan Lunas (27.98 %).
Hanya tiga kerusi DUN yang mampu dimenangi Pakatan di kawasan pengundi
teras Melayu iaitu Tokai (Melayu 90.88 %), Bukit Pinang (M 93.04 %) dan
Sungai Limau (M 93.19 %).
Ada banyak perkara yang boleh dihuraikan
mengapa keputusan tidak memihak kepada Pakatan dalam PRU13 ini
berlaku? Saya akan mengulas nanti.
Puncanya Majlis Syura PAS salah pilih pemimpin Kedah at the 1st place la kot.
BalasPadamApa punya character of Islamic leader cam Us. Azizan bila thing gets tough & tough gets going, dia mula gelabah bewak, dia leh melatah, marah-2 kat orang in public, cengei betui dgn pemberita, rakyat yg bertanya, sapa berani tegur dia kalu camtu kelaku. Memalukan.
Muhasabah la PAS ooii...padan pun kalah kat Kedah, Teganu tu!
yang aku tahu dikedah bahagian kuala nerang,baling dan sik isu utama ialah air,air,air dan air...isu yang paling utama.memang dari zaman bn dulu pun dah ujud masalah air tapi bila pas ambil alih masih sama juga,bila buat aduan pun tak ada kesan maka pilihanraya lah tempat untuk melepaskan geram lalu menyokong bn walaupun diaorang tak suka.
BalasPadamMana masalah air tak selesai, ex MB lantik UMNO jadi bos besar SADA.
Padamsememangnya tepat sekali...kerana semua isu2 itu kalaupun xbenar tapi sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan rakyat terutama diluar bandar untuk memberi undi mereka kp BN.......
BalasPadamDalam politik kemarahan rakyat adalah punca segalanya.....yg boleh menyumbang kepada kejatuhan sesuatu pemerintahan. Dan Pembangunan yang dibuat belum tentu boleh memuaskan mereka terutama rakyat bawahan yang sememangnya mengutamakan serta berkehendakan bantuan terus atau bentuk politik kebajikan.
hang tipu mana jentera pas kedah kerja kuat aku lalu baling sehari sebelum mengundi yang aku nampak orang berseronok mundar mandir bawa bendera pas apa ada bendera bodoh yang penting strategi macam mana nak lawan syaitan bertopeng manusia tak paham lagi ke syaitan bertopeng manusia lewat malam aku pulang dari kroh, kroh tak usah cerita memang pengkalan syaitan tapi di pejabat gerakan umno dkt pasaraya billion baling iblis iblis masih kuat bekerja anda pas lalai lagi seperti di k batas petugas asyik sibok dgn video di tablet samsung mereka memang tak pernah serik
BalasPadampemimpin kalau bersikap kasar dan ego..jgn harap la kekal..walau baik dan telus sekalipun..lg pun kepercayaan pada pkr agak kurenng..dan terbukti...kini tgk la esok lusa..tim pkr..dah la dalam mengator calon sana sini..tak hengat..tetiba nak bercakap soal kronisme..
BalasPadamberbalik pada isu kuins..bila ada bantahan atau rungutan secara mudah kata..tu agen umno..,dalam masa yg sama kita pun sgt mesra umno..problem tak selesai jugak..anggaplah kekalahan satu kerehatan..rehat dari menzalimi org atau rehat dari dizalimi..tu pdpt saya tak semestinya benar..