Keputusan MCA Pusat untuk para ADUNnya tidak mengisi jawatan EXCO dan Menteri adalah suatu usaha meruncingkan wajah perkauman UMNO-BN.
2. Barisan kabinet BN akan dilihat didominasikan UMNO dan Melayu.
Secara politiknya, ini memang memudahkan Pakatan Rakyat melebar luaskan
hujah bahawa UMNO adalah sebuah parti yang racist.
3. Ini bukan kedudukan yang mudah bagi UMNO untuk meneutralkan wajah dan pendekatan politik mereka mendatang ini.
4. Orang Melayu akan lebih sayangkan UMNO walaupun parti itu tidak
memberikan apa-apa makna dalam kehidupan mereka melainkan kekenyangan
emosi dan mimpi yang panjang.
5. PAS sebagai parti alternatif
Melayu akan jauh tersingkir daripada kotak pemikiran orang Melayu yang
sarat dengan kepompong perkauman.
6. Khabarnya, ada ADUN MCA
di Johor bersedia mengisi jawatan EXCO. Harap ini sedikit menjernihkan
politik Johor. Itupun dengan syarat, mengisi bukan kerana perut dan
peribadi tapi mestilah kerana rakyat.- muhaiminsulam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan