Persoalan timbul mengenai ahli strategi “bilik perang” Barisan Nasional (BN) yang
menggunakan jumlah dana besar akan tetapi gagal untuk menghentikan
gabungan pemerintah itu daripada kalah lebih banyak kerusi Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu.
“Ianya tidak
berguna. Idea mereka tidak menjadi dan jangkaan senarai putih mereka
salah,” kata seorang ketua bahagian Umno kepada The Malaysian Insider
dengan syarat namanya tidak disiarkan.
Bilik perang meramalkan BN
akan menang diantara 145 hingga 150 kerusi Parlimen dan akan merampas
kembali Selangor dalam Pilihan Raya 2013 walaupun sesetengah pemimpin
kanan BN meragui angka itu.
Pada tengah hari hari mengundi, bilik
perang mengeluarkan “senarai putih” 118 kerusi dijamin menang akan
tetapi sesetengahnya seperti Pasir Mas, Shah Alam dan Lembah Pantai
kalah, dimana sebahagian ketua bahagian Umno mengatakan terdapat jurang
diantara kepimpinan dengan akar umbi.
‘Budak poster’ melambangkan Umno tidak sensitive
The
Malaysian Insider difahamkan, Jamaluddin adalah dibelakang tindakan BN
meletakkan Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon
langsung mereka di Shah Alam walaupun Zulkifli pernah mengeluarkan
kenyataan menghina kaum India dan agama Hindu.
Difahamkan juga
Jamaluddin merasakan pencalonan Zulkifli tidak akan menimbulkan banyak
masalah oleh kerana beliau telah memohon maaf kepada masyarakat India
dan mendakwa kenyataan itu dibuat semasa masih bersama PAS.
Akan
tetapi sumber mengatakan ahli strategi itu tidak merasakan langkah
Umno meletakkan Zulkifli sebagai “budak poster” adalah satu tindakan
melambangkan parti itu tidak sensitif kepada bukan Melayu.
“Yang
paling menyakitkan hati adalah mereka meletakkan Shah Alam dalam
senarai putih oleh kerana mereka fikir orang Melayu akan menyokong
Zulkifli. Betapa silapnya mereka, kata sumber Umno memberi komen
tentang strategi memakan diri bilik perang.
“Terdapat
conservative dengan ‘C’ besar dan terdapat conservative dengan ‘c’
kecil. Ahli strategi hanya membuat analisis menggunakan komputer akan
tetapi terlupa terdapat sebahagian besar pengundi baru selain pengundi
Cina dan India di situ,” tambah beliau.
Beliau menerangkan
analisis menggunakan komputer dilakukan oleh bilik perang menyebabkan
timbulnya kepercayaan BN akan melakukan dengan baik dan akan mendapat
kembali majoriti dua pertiga yang mereka hilang dalam Pilihan Raya
2008.
“Kamu tidak boleh menganggap kerusi majoriti Melayu akan
kembali pada kamu atau kamu fikir akan dapat berkongsi undi Cina dan
India dan merasakan akan menang besar di peringkat kebangsaan dan
Putrajaya,” tambah sumber tersebut.
Ahli strategi luaran
Satu
lagi sumber Umno mengatakan BN juga melakukan penyumber luaran
strategi berkaitan dengan perhubungan awam dan pakar jenama seperti
kepada Paul Stadlen dari APCO dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari
TV3 akan tetapi kelihatan sia-sia.
Stadlen telah menjadi orang
utama bagi hubungan Putrajaya dengan media antarabangsa sementara Farid
dipinjamkan dari keluarga TV3 Media Prima Bhd kepada Jabatan Perdana
Menteri sejak beberapa tahun lepas.
“Mereka membelanjakan wang di
akhbar tempatan yang semakin mengecut edarannya dan stesen TV yang
tidak menarik minat orang muda. Buang masa dan wang,” katanya.
Dianggarkan
BN telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta secara langsung dan
tidak langsung untuk kempen media agresif termasuk media cetak,
televisyen, papan iklan dan laman sesawang untuk Pilihan Raya 2013.
Sumber
yang telah terlibat dengan kempen pilihan raya semenjak 1999 itu
mengatakan bilik perang mempunyai orang berpengalaman seperti Idris,
Tengku Adnan dan Jamaluddin akan tetapi mereka tidak mempunyai
kebolehan untuk melawan media baru atau mengadaptasi strategi untuk
menarik undi daripada generasi lebih muda.
“Media arus perdana
telah men
yekat pembangkang akan tetapi di media sosial, apa sahaja
keburukkan kami atau media arus perdana lakukan, ia dikuatkan di atas
talian dan orang lebih benci kepada kita. Ini menyebabkan mereka tidak
membaca atau menonton seperti kami,” tambah beliau.
Jentera pilihan raya tidak bermaya
Satu
lagi sumber dari BN memberitahu, jentera pilihan raya gabungan
pemerintah itu tidak bergerak seperti diharapkan, mengulangi apa yang
berlaku pada Pilihan Raya 2008 berbanding dengan jentera Pakatan Rakyat
(PR) - dibarisi oleh pemimpin akar umbi dan anak muda.
“Ahmad
Maslan dengan bangganya mengatakan akan ada 66,600 ceramah tetapi
dimana? Amat sukar untuk menganjurkan walaupun satu kerana tiada
penceramah bertaraf nasional atau dari parti komponen lain,” kata calon
BN yang menang tetapi tidak mahu dinamakan.
“Saya terpaksa
melakukan semuanya dengan sendiri dan mencari orang untuk berceramah
dalam satu ceramah utama yang saya adakan,” katanya dan menambah: “Saya
lihat yang lain hanya bercakap kepada jentera pilihan raya mereka.”
Walaupun
kekurangan bantuan, calon BN itu mengatakan beliau melakukan lebih
baik daripada Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang
kalah di Lembah Pantai walaupun telah menggunakan sumber dari
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di kerusi
bandar itu.
“Raja Nong Chik adalah menteri dan menumpukan kepada
usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Lembah Pantai tetapi masih gagal
untuk menang. Bilik perang memikirkan beliau boleh menang jadi mereka
masukkan dalam senarai putih kawasan itu akan tetapi anda boleh lihat
betapa gagalnya mereka,” tambah beliau.
Perubahan taktik saat akhir
Sumber
BN itu bersetuju ahli strategi bilik perang telah membuat kesimpulan
tanpa menyemak dengan pegawai bahagian dan laporan akar umbi.
“Terdapat
terlalu banyak data mentah masuk akan tetapi tidak banyak analisis
kerana semua orang simpan untuk diri sendiri kerana takut bocor,” kata
satu sumber.
“Mereka juga mengubah taktik tanpa memikirkan apa
yang telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu di akar umbi,” tambahnya
menegaskan meletakkan menteri besar empat penggal Datuk Abdul Ghani
Othman sebagai calon adalah satu kesilapan.
Beliau mengatakan
calon MCA Jason Teoh telah melakukan kerja-kerja akar umbi sepanjang
dua tahun lalu di Gelang Patah “akan tetapi bilik perang panik seperti
MCA hanya kerana Lim Kit Siang bertanding di sana”.
“Jadi, mereka
fikirkan Ghani boleh melakukannya akan tetapi kalah besar oleh kerana
beliau tidak tahu kawasan tersebut dengan baik walaupun pejabatnya di
sana. Mungkin Teoh akan melakukannya lebih baik kerana apa yang beliau
perlu lakukan adalah untuk memenangi pengundi Cina,” kata sumber
tersebut.
Beliau menambah kehadiran Lim dengan pemimpin utama DAP
lain mengurangkan undi popular BN kerana kalah di negeri kubu kuat
Umno itu, “jentera takut dengan Lim dan mereka terus putus asa”, tambah
beliau.
Sumber mengatakan ini turut berlaku di negeri lain
dimana DAP telah melakukan penolakkan besar seperti Negeri Sembilan dan
Selangor akan tetapi ahli strategi bilik perang tidak bertindak kerana
hanya menumpukan untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen.
“Terdapat
perbezaan besar diantara yang diharapkan dengan sebenar. Ini
dicerminkan dalam keputusan yang diharapkan dan apa yang akhirnya kita
dapat,” katanya...MalaysiaInsider
ingatkan bilek perang untuk lawan Israel rupenya untuk lawan pru aja
BalasPadam