Khamis, 16 Mei 2013

Siapa "Six Million Dollar Man" Dilantik Timb. Menteri..??

‘Six Million Dollar Man' Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman, yang dianugerahkan projek bernilai RM1.3 bilion membina UiTM Tapah walaupun tidak mempunyai kelayakan dan rekod dalam pembinaan untuk membina kampus Tapah Universiti Teknologi Mara (UiTM), telah dilantik sebagai timbalan menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamakan Kabinetnya hari ini mengumumkan perlantikkan ahli Parlimen kontroversi Pasir Salak itu sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Insdustri Asas Tani.
Tajuddin diberikan nama jolokan itu selepas beliau dipecat dari Umno pada tahun 1995 berikutan dengan tuduhan membayar RM 6juta untuk mengekalkan kedudukannya sebagai ketua bahagian.

April lalu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa Tajuddin membuat keuntungan daripada pembinaan UiTM di Tapah menerusi syarikat miliknya Detik Utuh Sdn Bhd yang menjadi rakan kongsi kepada jurubina sebenar iaitu Crest Builder Holding Berhad.


Daripada dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang didedahkan oleh Rafizi pada ketika itu,Tajuddin didapati merupakan pemegang saham sebanyak 450,000 unit dalam Detik Utuh.
Tajuddin juga merupakan pengerusi syarikat berkait kerajaan Felcra.
Ahli Parlimen Pasir Salak itu menafikan tuduhan Rafizi dan mengugut untuk menyamannya.
Lelaki "pendedah" PKR itu mengatakan beliau tidak takut untuk diheret ke mahkamah di atas pertuduhan tersebut, menegaskan beliau mempunyai dokumen bukti yang kukuh mengenai perkara itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan