Khamis, 16 Mei 2013

Mungkin Najib Takut Mamat Nii Buat Hal..Sebab Itu....

Najib takut dengan mamat ni akan buat hal di Kedah,sebab dijangkakan beliau telah bercita-cita umpama menggapai awan dilangit untuk menjadi MB Kedah apabila UmnoBN menang..Tetiba Muhkriz pulak yang naik dengan cable besar ayahnya si Mahathir Kutty..Frust menonggenglah Bashah dan konco-konconya..Jadi untuk mengelakkan Bashah buat hal dengan konco-konconya yang boleh menjejaskan perancangan UmnoBN di Kedah pada masa akan datang,maka terjadilah perkara pelik dan ajaib apabila seorang ADUN dilantik sebagai senator dan dilantik pulak menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Mstar : Pelantikan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) boleh dikatakan unik dan jarang berlaku kerana beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada pilihan raya umum baru-baru ini.Beliau yang merupakan Anggota Dewan Undangan (Adun) Negeri Bakar Bata akan dilantik sebagai Senator bagi membolehkannya memegang jawatan barunya itu.

Baginya pelantikan tersebut merupakan satu amanah besar yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Bashah berkata walaupun pertama kali memegang jawatan Timbalan Menteri dan diberikan portfolio yang baharu baginya, tanggungjawab itu harus dipikul dengan cermat, penuh berhemah serta dedikasi bagi memastikan kementerian berkenaan terus berdaya saing dan maju.

"KPDNKK adalah bidang baharu bagi saya dan saya akan mendapatkan tunjuk ajar daripada menteri bagi memastikan tugasan saya dapat dilakukan dengan baik.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan ini dan saya akan berusaha penuhi kepercayaan beliau untuk laksanakan pelan transformasi negara," kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah itu ketika dihubungi di sini.

Bagaimanapun beliau sebenarnya bukanlah muka baru dalam pentadbiran kerajaan kerana pernah menjadi anggota exco kerajaan negeri selama dua penggal iaitu dari 1999 hingga 2008.

Sementara itu, Anggota Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan kepadanya.

"Saya amat terharu kerana Perdana Menteri memilih saya untuk memegang jawatan tersebut. Apa keputusan dari beliau (Perdana Menteri) saya terima dengan rasa tanggungjawab," katanya.

Beliau akan memikul tanggungjawab dan menjalankan tugasnya dengan baik untuk kerajaan serta rakyat.
Beliau merupakan Adun Pedu selama dua penggal iaitu pada 2004 dan 2008, dan pernah menjadi Menteri Besar Kedah dari 2005 hingga 2008.

1 ulasan: