237 laporan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 diterima pasukan #SiasatPRU13 sepanjang minggu ini, dedah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Katanya, melalui analisa awal #SiasatPRU13, empat kriteria dikenal
pasti dalam siasatan, iaitu margin kemenangan tipis di bawah lima
peratus dan margin kemenangan tipis yang tidak sepadan dengan undi rosak
yang lebih besar dari majoriti kemenangan.
Rafizi“Dua lagi
kriteria ialah peratusan undi pos dan undi awal yang mengatasi margin
kemenangan dari undi biasa sehingga keputusan pengundi biasa bertukar
akibat pola undi pos dan undi awal diragukan.
“Dan keempat
ialah kerusi yang dilaporkan wujudnya penipuan yang ada bukti kukuh
beserta laporan polis,” kata Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat
KEADILAN, hari ini.
Menurutnya, 27 kerusi Parlimen disenarai
pendek untuk siasatan lebih mendalam iaitu Bentong, Kuala Selangor,
Baram, Sungai Besar, Pasir Gudang, Labis, Machang, Ketereh, Titiwangsa,
Tebrau, Bagan Serai, Kota Marudu dan Beaufort.
Selain itu ialah
kerusi Parlimen Setiawangsa, Segamat, Ledang, Balik Pulau, Kulim Bandar
Baharu, Pulai, Kuala Kangsar, Muar, Pendang, Hulu Selangor, Sabak
Bernam, Merbok, Pensiangan dan Saratok.
Tambah Rafizi, setakat
ini beliau turut menerima aduan salah laku pilihan raya di lapan kawasan
Dewan Undangan Negeri (DUN), kebanyakannya dari Pulau Pinang, Perak dan
Kedah.
Enam jenis kesalahan pilihan raya dikenal pasti dan
proses mengumpul bukti sedang dilakukan minggu ini. Kesalahan pilihan
raya tersebut ialah:
1. Pengundi tidak dibenarkan mengundi
kerana undi sudah dibuang orang lain, membuktikan wujudnya pengundi
hantu dalam daftar pengundi.
2. BN membeli undi dengan menawar dan membayar wang atau baucer yanng boleh ditukarkan tunai kepada pengundi.
3. Wujud pengundi-pengundi tidak dikenali didaftarkan di alamat pemilik
rumah, berdasarkan laporan polis dibuat pemilik rumah asal.
4. Dakwat kekal yang hilang dan tidak menepati syarat pengurusan pilihan raya.
5. Kesalahan SPR seperti menandatangani Borang 14 sebelum pengiraan
bermula, atau tidak memberi salinan Borang 14 seperti diperuntukkan
Undang-undang.
6. Pengundi disyaki warganegara asing yang diberikan kad pengenalan dan dibenarkan mengundi.
Justeru, Rafizi menggalakkan saksi atau mereka yang mempunyai bukti
kesalahan pilihan raya untuk tampil membantu pasukan #SiasatPRU13 yang
memulakan siasatan minggu ini.
“Kita perlu seminggu lagi untuk membina kes. Minggu ini, kami dibantu 67 sukarelawan yang terdiri dari peguam dan akauntan.
“Selain analisa kualitatif dibuat #SiasatPRU13, pasukan ini juga
menjalankan analisa kuantitatif untuk mengenal pasti pelbagai perkara.
“Ini menguatkan lagi sentimen rakyat bahawa PRU ke-13 dimenangi Barisan Nasional melalui penipuan,” kata Rafizi.
Dicatat oleh PAS Cawangan Bukit Sentosa 2
kena siasat sampai terbukti segala penipuan yg berlaku dlam PRU13..
BalasPadammodus operandi sebenarnya sudah tahu macam laporan polis kalau lapor tapi tak jadi kejadian jenayah tak boleh buat apa tapi sekarang kesalahan jenayah sudah terang terang berlaku cuma tunggu nak ambil bukti samada undang undang najib nak terima atau tidak itu lain hal
BalasPadamAku tak konpiden la dgn mahkamah Msia ni. Bab2 kuasa ni ada la arahan2 ghaib nt. Biasalah mahkamah dikontrol oleh parti itu. W/bgmanapun goodluck PR
BalasPadam