Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menggantikan kesemua bumbung rosak
yang diterbangkan oleh angin kencang pada petang Khamis secara percuma,
kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
"Sudah semestinya ia akan diberi percuma," katanya.
Beliau berkata, pihak kontraktor akan dilantik untuk melakukan kerja pembinaan semula itu.
Bagaimanapun, menurut Guan Eng, keutamaan kerajaan adalah untuk memastikan semuanya kembali normal secepat mungkin.
Sementara itu, rasuk sepanjang 20 kaki tergantung di Menara Umno di
Jalan Macalister di sini berikutan kejadian ribut kencang pada petang
Khamis.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, pihak berkuasa telah bekerjasama dengan pemaju untuk menurunkan rasuk tersebut.
"Kami menyekat kemasukan ke bangunan tersebut dan menutup laluan
sepanjang 1km kerana rasuk berkenaan boleh terjatuh pada bila-bila
masa," katanya.
Beliau berkata, sebatang paip air di bawah jalan raya rosak teruk tetapi kerja baik pulih hanya boleh dilakukan sebaik saja proses menurunkan rasuk tersebut selesai.
"Kerja baik pulih di jalan raya mungkin menyebabkan berlaku gegaran," katanya.
Phee berkata pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah menghentikan kerja pembersihan kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat.
Sebuah kren dijangka tiba di tempat kejadian pada pukul 1 petang untuk menurunkan rasuk dari atas bangunan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, pihak berkuasa telah bekerjasama dengan pemaju untuk menurunkan rasuk tersebut.
Beliau berkata, sebatang paip air di bawah jalan raya rosak teruk tetapi kerja baik pulih hanya boleh dilakukan sebaik saja proses menurunkan rasuk tersebut selesai.
"Kerja baik pulih di jalan raya mungkin menyebabkan berlaku gegaran," katanya.
Phee berkata pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah menghentikan kerja pembersihan kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat.
Sebuah kren dijangka tiba di tempat kejadian pada pukul 1 petang untuk menurunkan rasuk dari atas bangunan tersebut.
alangkah bagus kalu waris tapak bangunan umnporno_apco bangkit bersuara dan membongkar atas penipuan & penyelewengan tapak bangunan itu, disitu ada kubur waris dan mereka dipercayai ada lagi sekitar permatang pauh jika tidak meninggal dunia, usaha untuk mengambil balik tanah itu tersekat lama dulu kerana kuasa ditangan sang penyamun@penyangak pemimpin-pemimpin umno-apco sekitar tahun 60'an,ada baik juga jika kerajaan pakatan penang korek balik cerita kes tapak bangunan itu! ABU jangan lupa !
BalasPadambetoi tu, dipahamkan di aloq setaq pun ada waris yg masih idop.
PadamTanah kuboq pun umporno-apco nak tibai ? kalu dah jenih penyamun takda pa pun yang selamat la ni
BalasPadam