Ahad, 2 Jun 2013

Panasss...Pertemuan Sulit Si Gila Kuasa..??

Pertemuan Gelap DSAI-NAJIB: Anwar dan Pro-Anwar Gilakan Kuasa
Penulis: Abu Ammar

Gila jawatan... Perkataan ini adalah paling sesuai untuk menggambarkan sikap terlalu obses Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI). PRU-13 adalah pertempuran all-out DSAI bagi mencapai cita-cita tinggi beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-enam.

Begitu juga para pengikutnya dalam PKR, sangat teruja dengan gelombang politik DSAI dan berharap mendapat tempat dalam kerajaan baru yang bakal dibentuk. Tidak ketinggalan bagi para pengikutnya dalam gelap dari kalangan pemimpin-pemimpin PAS yang pro beliau menanti-nantikan jawatan penting dalam kabinet DSAI yang bakal dibentuk.

Tidak hairanlah pertemuan demi pertemuan antara DSAI dan Dato' Seri Najib Tun Razak (NAJIB) dirancang dalam gelap. DSAI yang begitu yakin kemenangannya pada PRU-13, terlalu ingin memastikan Barisan Nasional (BN) tidak menghalang DSAI menjadi Perdana Menteri. Justeru, DSAI beberapa kali memujuk NAJIB menandatangani perjanjian agar bersedia berundur diri. Pertemuan ini bukan sahaja melalui mantan Naib Presiden Indonesia Jusof Kalla tetapi melalui pemimpin tertinggi sebuah negara Timur Tengah.

Namun, PRU-13 sekali lagi mencatat sejarah kekalahan DSAI mencapai impiannya. DSAI dan para pendokongnya semuanya sekali tergamam kekalahan ini. Rentak bersemangat memegang tampok kerajaan dan jawatan menjadi hampa. Segala keringat telah disalurkan. Persoalan yang timbul di minda, adakah kesempatan ini dapat berulang kembali pada PRU-14 pula atau setakat ini sahaja yang mereka mampu?

Sekali lagi isu pertemuan gelap DSAI dan pro-Anwar dengan pemimpin BN dirancang oleh DSAI melalui Jusof Kalla dan pemimpin tertinggi Arab. Tentu sahaja isi kandungan selepas PRU-13 tidak sama dengan sebelumnya. Selepas PRU-13, rancangan DSAI memujuk NAJIB agar dapat membentuk kerajaan perpaduan (UG) yang ditaja oleh DSAI sendiri.

Berita ini paling sensasi. Hangat kerana ditimbulkan oleh Jusof Kalla. Pertemuan ini membabitkan DSAI dan NAJIB. Tetapi Jusof Kalla menolak pertemuan ini kerana perjanjian bertulis dahulu tidak ditepati oleh DSAI. Begitu juga NAJIB menolak kerana NAJIB tidak mahu bantuan DSAI. NAJIB hanya mahu bantuan PAS.

Geram dengan kegagalan ini, DSAI sekali lagi mengatur pertemuan gelap melalui Amir (ketua) dari negara Arab yang mampu menggerakkan idea dan pandangan menghalalkan DSAI menjayakan UG. Amir tersebut diminta menggunakan para ulama tersohor agar UMNO dan PKR bersatu demi kesatuan Islam. Mungkin juga sokongan Prof Dr Yusof al-Qardhawi akan digunakan lagi. Melalui idea kesatuan inilah, UG yang dipelopor oleh DSAI dapat direalisasikan.

Namun, sekali lagi NAJIB menolak tawaran DSAI. Walaupun DSAI menjanjikan bahawa pengikut-pengikutnya dari PAS yang pro-Anwar akan mengikutnya. NAJIB menolak tawaran pakej DSAI ini lalu menghantar menterinya Jamil Khir berbincang dengan PAS di Kelantan agar PAS bersama UMNO.

PAS pula berpendirian teguh dan menegaskan kepada NAJIB bahawa PAS hendak menjadi pembangkang yang kuat meskipun pro-Anwar akan meninggalkan partinya. PAS bertegas walaupun sebahagian besar ahlinya melompat parti ke PKR sekalipun, PAS berpendirian memperkasakan agenda Islam walaupun pengikutnya hanya tinggal para ulama dan profesional yang memberi wala' kepada kepimpinan ulama sahaja.

Inilah perjuangan PAS bukan berebut kuasa dan jawatan di dunia. Andainya ada pemimpin PAS yang cenderung menghina dan memburukkan presidennya dan kepimpinan ulama, PAS rela membiarkan mereka melayari bahtera bersama DSAI mahupun bersama BN.

18 ulasan:

  1. 1- itu semua adalah ketentuan Allah, pertemuan sulit yg membelakangkan sahabat perjuangan adalah salah, kalau ikhlas kenapa diadakan pertemuan sulit itu?

    2- teguran demi teguran telah diluahkan oleh ahli2 parti kpd tn presiden dan kepimpinan ulamak tapi mereka seolah-olah pekak badak.
    teguran dibuat adalah untuk kebaikkan Islam dan parti. apa bezanya teguran kpd umno/bn dgn tn presiden dan kepimpinan ulamak? salahkah kami ingin membetulkan apa yg salah? kalau tak blh, apakah bezanya antara pas dan umno? tapi saya kira ahli2 umno lebih terbuka drp pas.

    BalasPadam
  2. Rupa-rupanya para ulama dan profesional yg beri wala' kpd pemimpin ulama sahaja, PUN MENFITNAH SESAMA ISLAM.
    Ini ke cara nak perkasa agenda Islam??!!! Takde siapa pun jumpa Najib! Tak payah lah nak teruskan fitnah ini...
    Yang keduanya, tak payah la sebut2 lagi nak TUBUHKAN NEGARA ISLAM di Msia, kalau pemikiran org PAS mcm penulis ni... Ego, Bodoh Sombong dan Bangsat mempermainkan agama...

    BalasPadam
  3. Apa salah anwar jika buat perjanjian dgn najib utk pastikan pilihanraya dibuat dgn adil serta telus dan keputusan diterima kedua-dua belah pihak. Apakah anwar berjanji utk bersama atau masuk umno? Perkara ini dibangkitkan oleh umno/najib seolah-olah anwar mengkhianati perjanjian dan memecah belahkan PR. Ianya serampang dua mata, pada masa sama seolah-olah anwar pengkhianat kpd PR. Hakikatnya najib telah mengkhianati perjanjian itu kerana PRU13 dijalankan dgn segala penipuan dan kecurangan.

    Hanya mereka yg bodoh sahaja akan terikat dgn perjanjian yg dikhianati dan menerima segala penipuan umno/najib. Perangai munafik umno/najib memang tidak perlu disangkal lagi. Antara sifat2 munafik bila berjanji ia mungkiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dgn kenyataan anda..biasa le puak2 yg tk mempercayai dsai pantang dpt peluang mcm ni..tanpa usul periksa terus belasah je..sama je perangai dgn amngok..lebih percayakan utusex..sembang berdegar degar..mcm haram jadah..

      Padam
  4. Pertemuan anwar menjurus pd keselamatan pengikut jika pertukaran kerajaan dan bkn UG. Cita2 UG ini cita2 siapa?

    BalasPadam
  5. Pertemuan berkenaan hanya sekadar buat janji yg pertukaran kuasa pd org yg menang dibuat dgn aman.. itu saja.. xnampak apa yg khianat nya.. tambahan pu la pertemuan tu xdtgkan hasil sbb tiada perjanjian ditandatangani

    ia beza dgn pertemuan 2008 untuk bergabung parti supaya dpt perintah selangor sama2..tambah khianat bila mula2 xnk ngaku yg ada jumpa (erti kata BERBOHONG) sampai Pak lah ckp sendiri..

    lawak tengok pembodek2 tuan presiden pas ni.. nk spin cerita pun xpandai, menampak kan lagi kurang pandai puak2 ni

    BalasPadam
  6. PORAH Abu Ammar....kau nak turn over ye.Kau orang yang plan UG dengan umno, anwar pula yang disalah kan.Hoi, orang cina dan india pun dah tahu lama rancangan jahat kau orang tu...orang melayu lagi le tahu otak karat UG hangpa tu.

    Hangpa ni malu kan islam je....PENGKIANAT PADA JANJI, CUBA TEGAK BENANG BASAH PULAK TU.KEPALA OTAK JENIS :"MELAYU DI DAHULUKAN, ISLAM DI KEMUDIANKAN".

    Malas nak cakap banyak, orang Pas-UG ni....jawab le.

    "Bertanding di Kota Damansara Dari Sudut Akhlak Jamaah Islam".

    http://www.khalidsamad.com/2013/06/bertanding-di-kota-damansara-dari-sudut.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+KhalidSamad+%28Khalid+Samad%29

    Sebelum nak adili atau laksana hudud....PAS kena buktikan dulu keadilannya keatas "DIN AYAM" MENANTU USTZ HAJI HADI, PRESIDENT PAS YANG MENGHARU- BIRUKAN PRU KOTA DAMANSARA...HUKUM KAN DIA DAHULU, THAN BARU BOLEH CAKAP PASAL HUDUD....KALAU TIDAK, TAK PAYAH LE SIBUK2 CAKAP HUDUD. AHLI SENDIRI PUN TAK BERANI NAK DIAMBILKAN TINDAKAN...MCM MANA KAMI NAK YAKIN KEADILAN DAPAT DILAKSANAKAN OLEH PAS.

    TENGOK MACAM MANA DAP BERTINDAK KEPADA AHLI YANG KIANAT PADA HARI PENAMAAN CALON PRU 13 YANG LALU...DALAM MASA 48 JAM DAH BERTINDAK.LEBIH ISLAMIK DARI PADA PAS. PAS PULAK...MACAM BUAT TAK NAMPAK DAN TAK DENGAR JE...BUAT PEKAK. TAPI KAMI, ORANG RAMAI... PENGIKUT PR MEMERHATI DENGAN TELITI."JANGAN PANDAI CKP JE, BUKTIKAN".

    BalasPadam
  7. Macam masuk perangkap unmo aja. Jaga perpaduan pakatan dengan bijaksana. Bincang secara tertutup. Baru cerdik.

    BalasPadam
  8. Dua soalan Cepu Emas untuk Geng UG.
    (BACA ABU AMMAR & GENG UG,JANGAN TAK BACA...INI BUKAN BERITA DARI ORANG LUAR DARI PAS, INI TGNA CAKAP)

    http://alhusseyn51.blogspot.com/2013/06/dua-soalan-cepu-emas-untuk-geng-ug.html

    MAMPUS KAU ORANG UG-PAS,NIK AZIZ BAGI PUKULAN MAUT...
    (KAT DUNIA LAGI PUN DAH KENA TANGKAP....KAT AKHIRAT NANTI JAWAB LE..."ORANG YANG JAHIL/BODOH LAGI KHIANAT TAK AKAN MASUK SYRUGA")

    BalasPadam
  9. KALAU BERLAKU UG ANTARA PAS DAN UMNO... KITA AHLI PAS MARI KITA KELUAR PAS RAMAI2..KITA JOINT PKR ATAU DAP...LAGI BAIK DARIPADA KITA BERHABIS TENAGA UNTUK PUAK2 ULAMA MESRA UMNO NI...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul ke pas ni,ni mcm hampas je.jgn selindung la.kami kenal ahli pas,pembawakannya camna.ahli tak gila kuasa mcm parti lain tu

      Padam
    2. Brp kali nk cakap da!! Bkn kami yg cakap TGNA yg keluarkan statement..ahli2 pr pun tk tahu sehingga keluar dalam utusex..kami percaya kpd ahli2 pas masalahnya disini ialah pemimpin2 hangpa..hampa tk boleh buat apa2 pun..

      Padam
  10. satu pepatah dimana mana dunia ni mesti ada ular,tuduh pas ada ug,padahal yg disini lagi ug nya ,tu pun spin pas lagi dasar tak kenang budi dna umno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tuduh tp tn guru nik aziz yg cakap..

      Padam
  11. Artikel sebegini cukup syarat utuk di"approve" masuk utusan malaysia. tentang bayaran boleh dirunding. Mungkin pihak utusan akan adjust sikit beberapa klausa yang berkenaan.

    BalasPadam
  12. Aku pengikut pas sejak awal lapan puluhan. Aku menyampah dengan artikel yang tak cerdik ni. Fikiran macam orang umno dipendalaman. Sangat mengecewakan.

    BalasPadam
  13. nampak2nya terbeliak mata rakyat malaysia bila sampai masa nak sakratul maut nanti sebab tunggu punya,punya tungu ,punya tunggu,UMNO tak kalah kalah,mati terkilan ler kita sampai ke nak mati pun tejajah dgn kezaliman umno,di sebabkan ahli ahli politik kat malay sia perangai satu satu mcm sial,mcm lahanat,yg ulamak jadi pembohon g,penipu,pemfitnah,yg penyokong nya pul jadi pecacai,sokong walau pun ulamak ni nak bergabung nga umno syatan,umno zalim,umno penipu,yg ulama2 yg rasa diri nya maksom,janji berjaya bawak ahli2 pecacai nya tui bersama2 umno,pada aku memang cilaka org yg sanggup khianat pada rakyat,perjuangan rakyat telah di khianati

    BalasPadam
    Balasan
    1. ,pasj tak khianat sampai tumbang,tapi(PERAK) ada parti pr lain khianat sampai tumbang.kami tak akan kompromi dgn matlamat asalkan menang dgn ketepikan yg wajib dipertahankan,kami sokong TGHA asalkan tak rugikan islam dan buat pencacai pkr cuba teliti kes (lumut).berapa kali dah TGHA dah kata takkan ada kerjasama kalau tak ada keuntungan islam,sebagai islam kita kena sokong kalau untungkan islam.org macam hampa lagi kuat hasutannya dari pencacai umno,kami serik bekerja memenangkan hampa nih tu pun belum menang malaysia,,kalau menang mcmana agaknya,silap2 UG dgn najib saja.(jusuf kalla)tuhan lebih mengetahui apa di dlm hati manusia.nak komen jgn sampai nampak umno samaran tapi apapun tahniah berjaya menghasut penyokong pr yg dungu.

      Padam