Rabu, 5 Jun 2013
Tengok Nii..Pengajaran Terbaik Untuk UmnoBN..
Pentadbiran Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam menyatakan bahawa pihaknya telah mendapat pengajaran sekali gus merayu agar bantahan jalanan secara besar-besaran yang menggemparkan negara itu sejak beberapa hari lalu ditamatkan.
Protes tersebut menyebabkan Turki terjebak ke dalam krisis politik terburuk sejak sedekad lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyertai Amerika Syarikat memberikan tekanan kepada pentadbiran Erdogan supaya satu siasatan menyeluruh diadakan berhubung dakwaan penggunaan kekerasan melampau oleh pihak polis terhadap para penunjuk perasaan.
Pada masa yang sama, sebuah kesatuan sekerja utama di Turki melancarkan mogok selama dua hari bagi membantah keganasan pihak berkuasa terhadap para penunjuk perasaan yang membantah pentadbiran Erdogan.
Pentadbiran Erdogan cuba meredakan ketegangan dengan memohon maaf kepada penunjuk-penunjuk perasaan yang cedera selain mengaku tindakan keras pasukan keselamatan ke atas orang ramai yang menyuarakan hak mereka telah menyebabkan situasi menjadi tidak terkawal.
"Pemerintah mendapat pengajaran berhubung kejadian yang berlaku.
"Kami tidak berhak dan tidak boleh meminggirkan rakyat. Demokrasi tidak wujud tanpa pembangkang," kata Timbalan Perdana Menteri, Bulent Arinc pada satu sidang akhbar.
"Saya memohon maaf kepada mereka yang cedera," tambahnya.
Menurutnya, pemerintah peka terhadap tuntutan masyarakat bandar yang berfahaman sekular yang tidak mengundi Parti Keadilan dan Pembangunan pimpinan Erdogan.
"Gaya hidup setiap orang penting buat kami dan kami peka terhadap mereka," ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau menggesa rakyat negaranya supaya menamatkan bantahan tersebut.
Sekitar 300 orang cedera sepanjang lima hari protes tersebut berlangsung.
Dalam pada itu, keganasan tercetus di bandar raya Istanbul dan di ibu kota Turki di sini selama semalaman dengan polis pencegah rusuhan bertindak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah penunjuk perasaan.
Kumpulan tersebut bertindak ganas dengan membakar beberapa buah kereta dan membaling batu sambil melaungkan slogan meminta Erdogan meletakkan jawatan.
Tunjuk perasaan yang merebak ke seluruh negara itu bermula selepas sekumpulan penduduk tempatan membantah rancangan untuk membangunkan semula sebuah taman dekat Dataran Taksim di Istanbul.
Rancangan yang diatur oleh Erdogan itu adalah untuk membangunkan semula dataran tersebut yang melibatkan 600 buah pokok ditebang bagi mendirikan berek tentera era empayar Ottoman.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan