Penceramah bebas, Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz
Kazim mendedahkan ada pemimpin politik di beberapa negeri cuba menyekat
program ceramahnya dengan mengeluarkan arahan supaya ia dibatalkan.
Lebih menyedihkan dakwanya, arahan tersebut datang daripada pemimpin
politik beragama Islam dengan alasan, ia boleh menggugat kedudukan
kerajaan negeri.
Dalam kes terbaharu dakwanya lagi, program ceramah perdana yang
dijadualkan berlangsung di satu lokasi di sini pada 5 Julai ini telah
diarahkan supaya dibatalkan atas arahan seorang Exco kerajaan negeri.
“Saya hairan, program ini telah dirancang sejak tiga bulan lalu.
Secara tiba-tiba penganjur beritahu, mereka diarahkan supaya dibatalkan
pada saat-saat akhir kerana saya merupakan salah seorang penceramah pada
program tersebut.
“Apa yang menyedihkan, arahan tersebut pula datang dari seorang Exco
beragama Islam, sepatutnya dia menyokong dan memberi galakan supaya
program keagamaan seperti itu diperbanyakkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan
Pusat Pengajian Darul Wehdah di Kampung Kubang Ulu, di sini semalam.
JuRaGan : Tergugat dan akhirnya kerajaan PP bakal tumbang..gua gelak dulu...kuah3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan