Isnin, 1 Julai 2013

Apa Hal Beb..PKR Bikin Ribut Di Kuala Besut..???

PAS mendakwa isu parti mana dari Pakatan Rakyat yang lebih layak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Kuala Besut tidak berbangkit sama sekali.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, seperti amalan yang sudah difahami umum bahawa bila satu-satu kerusi menjadi kosong, maka ianya diserahkan kepada parti yang telah pun bertanding pada pilihan raya umum sebelum itu.

"Parti mana yang bertanding pada PRK Kuala Besut tak sepatutnya menjadi polemik.

"Mengikut amalan yang difahami semua, calon yang akan bertanding adalah dari parti yang bertanding pada PRU sebelumnya, iaitu calon dari PAS," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail bahawa PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut.

Azan juga berkata, beliau yakin PAS akan pertimbangkan calon daripada PKR bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu.

Kenyataan Azan itu turut disokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang mendakwa bahawa, kerusi Kuala Besut pernah dimenangi oleh PKR pada tahun 1999.

Mengulas lanjut Mustafa berkata, fakta yang dikemukakan Azmin itu adalah tidak benar kerana PKR tidak pernah bertanding bagi kerusi Kuala Besut.

"Fakta Azmin tu tidak betul, PKR tidak pernah bertanding di Kuala Besut bila-bila sebelum ini.

"Pada tahun 1999 yang menang adalah calon PAS iaitu (Datuk) Nik Zawawi Salleh (Setiausaha Majlis Syura PAS)," katanya.

JuRaGan : Ikutlah fakta..jangan main auta beb...fokus pada kerja-kerja PRK dan strategi yang akan digunakan untuk menawan hati pengundi..jentera PR terutamanya PAS dan PKR mesti lebih fokus..sebab kawasan ini 97% orang melayu yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan...bab calon serah kepada pimpinan PR,kalau ikut tradisi ianya diserahkan kepada parti yang telah pun bertanding pada pilihan raya umum sebelum itu..untuk itu jangan meracau nanti semua jadi kacau dan sasau..!!



1 ulasan:

  1. Baguslah kalau PAS dan PKR lawan keluar kenyataan untuk berbut nak calun wakil dari perti masing-masing walhal pemimpin arti belum lagi buat kenyataan , memang bengong dan bodoh ketua-ketua bawahan ini, cubalah berdiam diri sekejab dan tumpu dan fokuskan untuk kemenangan PRK itu dulu,jangan buat gambaran yang PR itu ketua bawahan bodoh asyik nak berbut nak jadi calun dan YB dari orang kita sayang dan enal agar bila menang kelak kita boleh dapat itu dan ini,ingatlah pengundi bukan bodoh mereka lihat kelaku kelayak kita,angan anti bila selesai PRK masing-masing tuding jari macam PRU13 dulu.

    BalasPadam