1. Larangan menyampaikan tazkirah adalah larangan yang tidak masuk akal malah bertentangan dengan Firman Allah swt:
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya
peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
Surah Azzaariyat : 55
2. Saya tidak faham kenapa Exco Dakwah Kerajaan Negeri Pahang mahu
menghalangnya. Sedang rakyat dan masyarakat rata-rata dahagakan ilmu
malah mereka mencari ilmu dengan mengunjungi masjid surau yang
menganjurkan pakej tarawih dan tazkirah. Sehinggakan masjid dan surau
yang tidak menganjurkan tazkirah kian tidak popular di hati rakyat.
3. Tazkirah adalah satu cabang dari aktiviti dakwah yang sepatutnya
digerakmajukan oleh Exco Dakwah sebagaimana khutbah, kuliah dan lainnya.
Tazkirah adalah berfungsi untuk menyedarkan ummah dari kelalaian dan ia
membawa kebaikan kepada ummah, rakyat dan negara.
4. Menghalang tazkirah, pula tidak menyediakan alternatif lain untuk
membasmi kejahilan ummah yang sedang berdepan dengan tahap gejala sosial
yang parah, jenayah yang meningkat dan maksiat yang kian menular adalah
merupakan perbuatan khianat terhadap amanah rakyat. Lebih baiklah Exco
Dakwah mengeluarkan kenyataan untuk menghalang kelab malam daripada
beroperasi di bulan Ramadhan, restoran yang dibuka pada siang hari untuk
menjamu selera mereka yang mengaku muslim tetapi tidak berpuasa.
5. Saya akan terus menyampai dan menganjurkan tazkirah walau apa keadaan
sekalipun yang terpaksa saya hadapi, justeru ini adalah kerja nabi-nabi
alaihissolaatuwassalam yang mesti saya sambung. Ini amanah perjuangan.
Jika mereka mahu mengenakan tindakan ke atas saya, itu terpulanglah
namun saya tidak berganjak dari pendirian saya ini. Saman, saya ke
mahkamah. Tangkap, saya ke penjara. Namun untuk membiarkan ummah ini
jahil angkara kerajaan dungu ini, tidak sama sekali.
Memang
perbuatan menghalang tazkirah adalah perbuatan khianat kepada Islam.
Tazkirah yang disampaikan bukannya berkaitan politik kepartian tetapi
ianya menjuruskan kepada hal-hal berkaitan dengan puasa dan sebagainya.
Jika benar ada pihak
yang menggunakan pentas tazkirang Ramadhan untuk menyentuh isu-isu
politik kepartian, orang itu bolehlah didakwa mengikut undang-undang dan
peraturan yang ada bukannya mengharamkan terus program tazkirah ini.
Bukankah pengharaman ini bererti mematikan obor penyampaian ilmu-ilmu
Islam dan menghentikan proses nasihat menasihati di antara sesama kita
Inilah harga yang
terpaksa dibayar oleh rakyat negeri Pahang yang telah memilih BN menjadi
kerajaan sekali lagi. Apakah pengundi-pengundi di Pahang tidak berasa
bersalah dengan tindakan kerajaan BN mengharamkan penyebaran Islam
melalui tazkirah ini. - mutaligatblogspot
takut lobang pecah! banyak yang bertentang dengan ajaran islam & sunnah nabi ,jadi kira tazkirah walau tanpa politik tetap menyentuh kebejatan sang pemerintah yang secara tak langsung menentang islam & ajarannya ! kena sekat lah walau apapun tazkirah ka ,ceramah agama ka kerana takut kebejatan terdedah,jika tidak ada apa-apa salah tentu apa saja walau tazkirah mesti dibenarkan, ABU jangan lupa parti sekutu apco yang sayangkan kerja-kerja dajjal perosak ! yamseng ok ;)
BalasPadamsian orang pahang .....!!! suruh orang umno padamkan ayat-ayat dalam al-Qurang yang melarang rasuah, judi, arak, menipu, berbohong, merompak hak orang awam, pecahamanah, dll agar senang sikit puak umno buat kerja ......
BalasPadam