Selasa, 13 Ogos 2013

Cerita Surau Jadi Tokong..Kerajaan PP Pulak Bikin Panas..

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang memberi amaran kepada pemilik bangunan, hotel atau resort di negeri ini yang mempunyai kemudahan surau supaya tidak membenarkan premis mereka digunakan untuk upacara keagamaan lain.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Penguna dan Hal Ehwal Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata pihak yang mengingkari arahan itu boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang pihak berkuasa tempatan dan syariah.

Beliau berkata setakat ini belum ada sebarang aduan atau laporan berhubung pusat beli-belah, hotel atau resort di negeri ini menyalahgunakan surau yang terdapat di tempat mereka.

"Tetapi jika ada pihak yang membenarkan surau mereka digunakan untuk upacara keagamaan lain, mereka boleh dikenakan tindakan menurut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu mencemarkan mana-mana masjid atau surau dengan niat menghina atau mempersendakan agama Islam.

"Selain itu, mereka juga boleh disiasat menurut Seksyen 19(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1997 atau Seksyen 70 (13) (b) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana menukar guna bangunan tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya setakat ini hampir 1,000 surau di seluruh negeri ini berdaftar dengan JAIPP dan beliau meminta mana-mana surau yang belum berbuat demikian supaya mendaftar segera.

Semalam akhbar melaporkan sebuah resort di Sedili Besar, Johor, membenarkan surau di resort itu digunakan untuk upacara keagamaan lain dan ia disedari seorang pengunjung resort yang hendak menunaikan solat asar petang Sabtu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan