Selasa, 13 Ogos 2013

Mengapa Surau Ini Perlu Di Roboh..???

Keputusan untuk merobohkan surau yang dijadikan tapak meditasi oleh penganut Buddha di Kota Tinggi, Johor akan dibincangkan hari ini oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin bersama Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Hasrin Kamal Hashim

Mohd Tahrir berkata, langkah berkenaan dicadangkan bagi mengelak kontroversi rumah ibadat yang menjadi perhatian ramai di media sosial berlarutan.

Sementara itu, pihak polis menahan pemilik Resort Tanjung Sutera di Tanjung Sedili, Kota Tinggi yang dikatakan memberi kebenaran surau di pusat peranginannya dijadikan tempat upacara agama Buddha.
"Kami akan mendapatkan perintah reman bagi membolehkan pemilik resort berusia 45 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama golongan lain.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya memetik kenyataan daripada portal berita Astro Awani.

Beliau berkata, polis dijangka membawa pengurus terbabit ke Mahkamah Kota Tinggi hari ini bagi mendapat perintah tahanan reman.

Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) semalam berpendapat tindakan sekumpulan penganut ajaran Buddha yang menjadikan surau sebagai tempat untuk bermeditasi adalah pelakuan menghina Islam.
Penasihat MAIJ, Datuk Noh Gadut berkata tindakan mereka bukan hanya menyakiti perasaan orang Islam namun turut menghina agama Islam.

Katanya, tindakan tegas dengan penguatkuasaan undang-undang bagi menghalang kumpulan sedemikian memasuki negara ini perlu diambil supaya kejadian berkenaan tidak berulang.

JuRaGan : Mengapa surau ini perlu diroboh??Bukannya bernajis pun??Takda salahnya surau ini digunakan kembali oleh orang islam yang berkunjung dan bekerja di resort ini...Betulkan kiblatnya dan berikan tunjuk ajar dan kefahaman tentang islam kepada Taukehnya yang jahil itu..gua rasa itu yang terbaik!!
 

1 ulasan:

  1. pelakon porno soy lek hina hudud tarak ambil tindakan ka ? kes berpilih pilih atau intan terpilih? ABU jangan lupa

    BalasPadam