Ahad, 11 Ogos 2013

FB Pembantu ADUN Hina Islam..Inilah "Orang"nya..

Pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Stulang (DAP), Alan Tang, yang didakwa memuat naik ucapan menghina Islam di Facebook mendakwa beliau telah disabotaj oleh mereka yang ingin mencemarkan imej beliau dan parti itu.

"Serangan itu bermotif politik dan bertujuan untuk memburukkan imej parti dan saya," katanya.
Alan adalah pembantu kepada Adun, Andrew Chen Kah Eng.

Beliau percaya bahawa profil palsu dicipta menggunakan gambar yang dimuat turun dari Facebook beliau, dengan niat untuk mensabotaj.

"Saya percaya bahawa jawatan dan butir-butir saya termasuk nombor telefon dan alamat telah diletakkan dan imej paparan skrin telah dibuat sebelum halaman itu dipadam.

"Gambar skrin kemudian disebarkan untuk mewujudkan perbalahan kaum," katanya kepada The Star Online.

Alan menambah beliau telah menerima beberapa panggilan telefon dan mesej teks yang merupakan ancaman bunuh.

Seseorang berkata - "Lu mau Mati ka?", dan mesej yang lain adalah - "Hati-hati, ada orang nak tembak kepala lu."

Ekoran mesej itu, beliau membuat laporan polis dan memberikan nama-nama mereka yang disyaki kepada pihak berkuasa.

"Saya tidak mahu menamakan mereka. Biarlah polis menyiasatnya terlebih dahulu," katanya.
Kad hari raya yang tertera kepala babi panggang yang diapit lemang di sebelah kiri dan ketupat di sebelah kanan dengan kata-kata yang menjemput umat Islam menikmati hidangan itu, kononnya daripada Facebook Alan, menaikkan kemarahan ramai rakyat Malaysia.

JuRaGan : Macam P.Ramle kata..Irama dan Lagu tak boleh di pisahkan...macam tu lah jugak,Fitnah Jahat dengan Umno yang tidak boleh di pisahkan..!!Di mana Umno tersepit..di situ Fitnah akan menghimpit,,,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan