Pada bulan lalu, selepas selesai satu program, seorang ustaz didatangi seorang
lelaki berbangsa Tionghua. Dia menyatakan minatnya terhadap Islam dan
berusaha mendekati dan memahami agama ini sebelum benar-benar yakin
untuk melafazkan kalimah syahadah.(Gambar sekadar Dipinggiran..ha3)
Dia pernah ke sebuah masjid dengan harapan dapat berjumpa seseorang bagi membincangkan beberapa kekaburan mengenai Islam.
Malangnya, apabila tiba di masjid, dia dihalau oleh seorang hamba
Allah yang mengatakan dia tidak boleh masuk ke kawasan rumah ibadat itu
dengan alasan bukan Islam.
Jelas terpancar kekecewaan pada
raut wajahnya ketika menceritakan kejadian itu. Dia mempersoalkan kenapa
ajaran Islam sangat cerewet dan menyusahkan hingga menyebabkan niat
orang sepertinya yang ingin mempelajari Islam dengan lebih mendalam
terbantut.
Ini antara realiti masyarakat kita. Walaupun
tidak semua, segelintir masih mempunyai pemikiran seperti itu yang
secara langsung memberi persepsi negatif terhadap Islam.
Sewajarnya kita meraikannya sebagai tetamu di rumah Allah, mudah-mudahan
dia mendapat hidayah dan seterusnya memeluk Islam tanpa banyak soal.
Menyingkap keutamaan memuliakan tetamu, Abu Hurairah meriwayat sebuah
hadis: “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, janganlah dia
menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari
kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman
dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau
diam.” (Hadis Riwayat Muslim) Pernah diriwayatkan bahawa Allah pernah
menegur Nabi Sulaiman AS kerana pada saat baginda didatangi seorang
tetamu daripada orang kafir, baginda tidak sepenuh hati memulianya.
Baginda merasa tidak perlu memuliakan tetamu itu seperti memuliakan
tetamunya daripada sesama pengikut. “Disebabkan ia bukan umatku yang
beriman,” begitulah fikir Nabi Sulaiman. Lantas baginda hanya memberinya
minum dan bercakap seadanya.
Setelah tetamu itu pulang,
datang malaikat Jibril AS menyampaikan teguran Allah yang bermaksud:
“Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau perlakukan tetamu
seperti itu? Jawab Nabi Sulaiman: “Bukankah dia (tetamu itu) daripada
golongan kafir?” Jibril bertanya lagi: “Siapakah yang menciptakan langit
dan bumi ini?” Lantas Nabi Sulaiman menjawab dengan yakin: “Allah.”
Lantas ditanya lagi oleh Jibril: “Siapakah yang menciptakan malaikat,
jin dan manusia?” Dan Nabi Sulaiman tetap dengan jawapannya: “Allah.”
Seterusnya Jibril bertanya: “Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan
dan haiwan?” Tetap dijawab dengan jawapan sama oleh Nabi Sulaiman
iaitu: “Allah.” Jibril bertanya lagi: “Siapakah yang menciptakan orang
kafir itu?” Dan Nabi Sulaiman tetap dengan jawapannya: “Allah.”
Jibril terus berkata: “Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil
terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?”
Mendengar soalan Jibril, Nabi Sulaiman terdiam dan terus bersujud.
Baginda kemudian mengejar orang kafir itu tadi seraya meminta maaf
kepadanya selepas menyedari kesilapannya.
Adab Menjamu Tamu
Di antara adab menerima dan menjamu tamu antara lain:
1. Bersegera dalam menyambut dan menjamu tamu
Sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim, beiau bersegera untuk
mendatangi keluarganya dan mempersiapkan hidangan untuk menjamu
tamunya. Tanpa harus menawari dulu kepada tamunya. Perintah untuk
bersegera dalam beramal ini juga merupakan tuntunan Islam. Rasulullah
bersabda: "Bersegeralah dalam beramal …" (HR. Muslim)
2. Menjawab salam dengan yang terbaik
Dalam ayat di atas juga terdapat tuntunan dalam menjawab salam, yaitu
dengan serupa atau yang lebih baik, sebagaimana firman Allah (artinya):
"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan (salam), maka
balaslah penghormatan (salam) itu dengan yang lebih baik, atau balaslah
(dengan yang serupa)." (An Nisa': 86).
3. Menghidangkan kepada tamu dengan hidangan yang paling baik
Ini sebagaimana dicontohkan Nabi Ibrahim ketika menghidangkan daging anak sapi yang gemuk kepada para tamunya.
4. Meletakkan hidangan tersebut di dekat tamunya
Nabi Ibrahim meletakkan hidangan tersebut tidak jauh dari tempat para
tamunya. Ini tentunya untuk memudahkan tamunya menikmati hidangan
tersebut.
5. Menyambut/mengajak bicara dengan bahasa yang sopan dan baik.
Nabi Ibrahim berkata kepada tamunya: ”Keselamatan atas orang-orang
yang tidak dikenal”. Beliau tidak mengatakan ”Keselamatan atas kalian,
kalian adalah orang-orang yang tidak dikenal”. Ketika menghidangkan
makanan Ibrahim berkata,”Silahkan kalian makan”
Beliau tidak mengatakan: ”Makanlah”. Jadi menggunakan lafadz "Silahkan" atau yang semisalnya.
6. Menjaga dan melindungi tamunya dari hal-hal yang bisa memudharatkannya
Ini dilakukan oleh Nabi Luth ketika datang kepadanya para Malaikat
yang menjelma sebagai tamu yang sangat tampan wajahnya. Kedatangan
tamu-tamu tersebut mengundang fitnah terhadap kaumnya dan mereka hendak
berbuat Liwath (homoseks). Menghadapai hal itu Nabi Luth berupaya untuk
menjaga dan melindungi tamunya dari kekejian yang hendak dilakukan oleh
kaumnya (Lihat surat Hud ayat 77-83 dan Al Hijr ayat 67-71.)
7. Tuan rumah hendaknya berwajah gembira
Ketika tuan rumah sedang mempunyai masalah, hendaknya tidak
ditunjukkan kepada tamunya. Jika kekesalan itu tertuju pada tamunya,
hendaknya tetap bersikap ramah.
Karena berlaku tidak ramah kepada tamu, berlawanan dengan muru`ah (prestise) tuan rumah yang justru harus dijaga.
8. Tidak terburu-buru mengangkat hidangan dari meja tamu sebelum tamu benar-benar memakanannya dan membersihkan tangannya.
9. Tidak memaksa tamu memakan hidangan yang mungkin tidak disukainya, baik karena selera, atau karena terlalu banyak.
10. Jika tamu berpamitan hendaknya tuan rumah mengantar sampai ke luar rumah.
Demikianlah beberapa adab menerima dan menjamu tamu.
Semoga kita diberi kemampuan oleh Allah melaksanakannya setiap kedatangan tamu di rumah kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan