Ahad, 4 Ogos 2013

Panass..Gua Peduli Apa Dengan Malam Lailatul Qadar..

Semakin menjadi-jadi program maksiat dimalam sepuluh ramadhan ini..seperti bukan bulan ramadhan adanya,apabila kejahilan semakin melata di muka bumi,maka tunggulah azab Allah..Melata kedai kera o.k beroperasi pada malam-malam 10 Ramadhan yang terakhir ini.Semalam..setelah usai Terawaih dan Tazkirah di masjid sahabat ajak gua pergi pekena mee hailam,disebabkan makan waktu berbuka tak seberapa maka perut masih kosong dan menanti bahan yang hendak dipekena.(Gambar sekadar hiasan..)

Cari punya cari..jumpalah kedai yang biasa dikunjungi dan makanannya pun bolehlah tahan beb..sedang gua makan tetiba kedai sebelah terjerit-jerit sepasang suami isteri dalam lingkungan 50an menyampaikan lagu "Mana Janjimu" tak cukup selagu mereka melalak lagi beb ditambah dengan beberapa buah lagu lagi...kemudian pasangan lain yang seumur dan setua mereka pula melalak.benarlah kata Rasullullah.."Isteri itu mengikut agama suaminya.."

Dishotkan story..mee hailam yang gua nampak sedap pun dah jadi hambar apabila telinga dipekakkan dengan suara dan nyanyian sumbang penyokong hidup melayu pada 10 malam terakhir ramadhan yang disarankan oleh Rasullullah agar menambah dan menguatkan lagi ibadat kepada Allah dan meninggalkan segala perbuatan maksiat..gua rasa mungkin dalam hati mereka berkata.."Gua pedulia apa dengan malam lailatul qadar.."

Maka..hakikatnya orang melayu islam di Malaya ini masih jauh ketinggalan dari sudut ilmu keagamaan..memang benarlah moto Umno/Bn yang berbunyi.."Di mana Melayu Bangang..Di situlah Umno/Bn pasti menang.."sebab itu ada majlis ilmu dan majlis tazkirah pada Ramadhan ini diharamkan dinegeri yang diperintah oleh Umno/Bn..tetapi program maksiat yang menghina bulan Ramadhan seperti melalak berkera o.k sampai ke subuh dibenarkan dan disuburkan..sedangkan mengikut para ulamak apabila turunnya malaikat pada malam Lailatul Qadar binatang yang bernama anjing pun akan senyap dan berhenti daripada menyalak..tapi beb..manusia yang Allah bagi akal dan sombong berjalan dibumi Allah ini tetap meneruskan salakkan mereka...sendiri mau ingat..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan