Tahukah
kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD.
Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-
Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa
bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah
dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat
untuk menampung pembawaannya ke otak
manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang
mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari
tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius
akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke
otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud
seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara
ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi
lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress,
migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali
gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat
Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.
Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?
Sebenarnya:-
1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)
Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.
“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali
engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan
menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)
Dari Sudut Tasawuf
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan
Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan
“rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam
keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah
hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya
pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah
SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai
oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud,
dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).
Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang
beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan
ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan
dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).
Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang
paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh
dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian
manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila
ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina
maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang
menciptakan dirinya dari tanah itu.
Maka setiap kali sujud
sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia
ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai
solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia
merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun
lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki
gerbang akhirat.
Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa
gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi
di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping
lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan