Khamis, 12 September 2013

Kantoi..Beri Keterangan Palsu


KEADILAN Sabah membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana memberi keterangan palsu pada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah.

Pengerusinya, Datuk Seri Lajim Ukin menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) agar segera mencari dalang dalam projek IC memandangkan hanya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang boleh mengeluarkan kad pengenalan.

“Ini satu penipuan oleh Dr Mahathir. Beliau telah berdusta. Sebelum pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), beliau mengakui sebanyak

200,000 pendatang asing dari Filipina dan Indonesia yang beragama Islam telah diberikan kerakyatan.
“Semasa menjawab pertanyaan daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan beberapa NGO pada satu majlis sebelum PRU 13, Dr Mahathir turut menjelaskan ada dalang di sebalik projek IC tersebut.

“Kerajaan BN lambat bertindak dalam isu ini. Mereka seharusnya menangkap dalang projek ini lebih awal. Projek ini jelas memberi kewarganegaraan kepada warga asing yang belum layak menjadi warganegara,” katanya, lapor The Malaysian Insider.

Beliau turut menggesa parti komponen BN Sabah seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain yang menafikan berlakunya projek IC di negeri di bawah bayu itu agar segera membuat laporan polis.
Katanya, projek IC telah mencetuskan pelbagai persoalan seperti nama mereka yang memperoleh kad pengenalan menerusi projek tersebut muncul dalam daftar undi beberapa PRU lepas.

“Sebelum ini, banyak nama yang telah disebut berkait dengan projek IC. Kita harus selesaikan kes ini dengan menangkap mereka seperti bekas Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin untuk menjalankan siasatan lanjut.
 
“Kebanjiran pendatang asing di Sabah bukan sahaja memberi kesan buruk kepada negeri itu tetapi nama baik Malaysia secara umumnya.

Perniagaan di negeri Sabah kini banyak dimonopoli pendatang asing ini kerana mereka mampu menawarkan harga dengan lebih murah,” katanya dipetik.

1 ulasan: