Jumaat, 20 September 2013

Perangai Hodoh Umno...Mahathir Kata RN200 Pun Dah Cukup..

Generasi muda hendaklah menjauhi Umno jika tidak mahu dikuburkan lebih awal, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata, Umno 'sudah tua dan bakal mati'.

"Sebab itulah generasi muda mesti menjauhi Umno dan jangan biarkan diri dikuburkan lebih awal dengan Umno yang sudah tua dan bakal mati," katanya.

Mahfuz berkata, sakit tua tidak ada ubat dan akan berakhir dengan kematian.

"Walaupun (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) cuba mengubati Umno, dengan program transformasi dan lain-lain, ia tidak berguna lagi.

"Semua itu hanya ikhtiar sementara dan usaha terdesak yang hanya membazirkan masa dan wang negara," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir yang memberi peringatan yang sangat berguna itu, terutama kepada generasi muda.

Menjelang pemilihan Umno hujung tahun ini, Dr Mahathir Mohamad memberitahu sebuah akhbar harian yang menjadi lidah Umno bahawa parti itu menghidap "sakit tua" dan bakal "mati".

"Ini naluri manusia. Lambat-laun manusia akan menemui ajalnya," kata bekas presiden Umno itu.

Dr Mahathir juga mengulangi pendedahan bahawa ramai ahli Umno yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang.

"Tak banyak... RM200 pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli Umno. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka," katanya.

Bekas Perdana Menteri itu mengingatkan, apabila pemimpin yang dipilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa.

"Ingatlah negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin negara ini," kata Dr Mahathir.

Kenyataan Dr Mahathir itu dikecam oleh sebahagian pemimpin Umno.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Umno terpalit dengan pelbagai masalah sejak Dr Mahathir menerajui Umno dan beliau tidak pula merawat kecederaan itu.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang juga ahli MT Umno berkata, Dr Mahathir "mungkin silap".

2 ulasan:

  1. dia tahu le ....!!! sebab dia yang buat dahulu ... dia memang dengan RM200 tu le dulu...!!!

    BalasPadam
  2. mamak kutty kerala mari mudah lupa & nyanyuk daa! melayu tak lupa sampai mati :) ABUjangan lupa !

    BalasPadam