Exco
Selangor, Sallehen Mukhyi hari ini menafikan dakwaan Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Menteri Besar Selangor gagal menguruskan
simpanan rizab negeri itu.
Bercakap
kepada sebuah portal, Sallehen sebaliknya menggambarkan teguran terbuka
Anwar kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu sebagai tidak tepat.
Bahkan menurutnya, Khalid telah menjalankan tugas dengan baik, tidak seperti yang digambarkan oleh Anwar.
"Kalau
komen itu dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat PKR, Tan Sri
Khalid juga sebagai PKR, itu saya fikir komen dalaman rumahtangga
merekalah.
"Tetapi
Khalid tanggungjawab sebagai Menteri Besar dan saya sebagai Exconya,
saya melihat untuk membuat keputusan perbelanjaan, saya sebenarnya tidak
bersetuju kalau disebut bahawa Tan Sri Khalid tidak membelanjakan hasil
negeri," katanya.
Sallehen
yang memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Permodenan dan Pembangunan
Desa menambah, Khalid seorang yang berhati-hati dalam mengeluarkan
perbelanjaan daripada hasil negeri.
"Bukan
Tan Sri Khalid tidak membelanjakan tetapi perbelanjaan itu dibuat dalam
keadaan yang penuh berhati-hati dan penuh berhemah.
"Jadi
sikap berhati-hati itulah boleh jadi dilihat sebagai satu yang nampaknya
Tan Sri Khalid agak perlahan atau pun kurang membelanjakan kewangan
negeri," kata Adun Sungai Besar itu lagi.
Anwar
ketika menyampaikan ceramah Laporan Audit Negara menegur Khalid agar
tidak lagi berbangga dengan simpanan rizab yang tinggi bernilai hampir
RM3 bilion walhal masih banyak rakyat negeri itu tercicir daripada
mendapat bantuan kerajaan negeri.
Kenyataan
Anwar disokong Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali. Katanya Anwar
terpaksa berbuat demikian setelah teguran dalaman demi teguran dalaman
tidak diendahkan Khalid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan