Teras Pengupayaan Melayu (Teras) merakamkan pernyataan
bahawa keperluan yang mendesak jika bangsa Melayu mahu selamat ialah
dengan merehatkan Umno.
“Rehatkan Umno dari kuasa yang sudah
menguasai seluruh darah daging, urat nadi dan saraf Umno sehingga
nyawanya perlu dipulih bukan setakat melalui ‘sistem sokongan’ dengan
rawatan ICU, malah perlu kepada pembedahan major dan penggantian organ
dan darah yang sangat kritikal,” ujar presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid
dalam satu kenyataan.
Katanya, alternatif perlu dicari dari wadah yang tidak dijangkiti oleh virus politik Umno.Seperti Ulat Taik,dimana ada Banyak taik di situlah mereka akan berkumpul.
Beliau
menyatakan demikian sebagai repons kepada kenyataan bekas Perdana
Menteri, Tun Mahathir Mohamad bahawa rasuah berleluasa di dalam
pemilihan Umno.
Tambahnya, suatu ‘over haul’ total sekalipun , sukar dapat diharapkan dari pemilihan Umno di peringkat manapun.
“Wadah
politik yang boleh mengganti Umno hanya boleh dihadirkan melalui wadah
yang dipimpin oleh insan soleh dan berketerampilan kelas negarawan
mukmin,” ujarnya lagi.
Berikut kenyataan penuh beliau.
“Korupsi
berleluasa. Letih sebab duit banyak turun. Tak turun duit, tak
dipilih," inilah pernyataan Tun Mahathir yang dilaporkan oleh media yang
akhirnya menjelaskan inilah penyakit Umno yang hampir mustahil dikikis.
Hari
ini dikatakan suatu sejarah Umno dimulakan bila undian dari cawangan
dan bahagian memilih ahli MT. Pada hakikatnya tidak ada yang baru dari
segi politik Umno. Yang baru hanyalah kuantum politik wang yang beredar.
Sekarang kos untuk meningkat kemungkinan calon menang menjadi lebih
besar. Bilangan yang perlu “dibela" menjadi lebih berat.
Dari
sistem mengundi MT melalui perwakilan dan bertukar kepada sistem
mengundi langsung dari ahli di peringkat cawangan dan bahagian, politik
wang sudah sebati dengan Umno. Politik wang adalah nyawa Umno.
Yang merunsingkan ialah pemimpin-pemimpin Umno tetap mendabik dada memperjuangkan bangsa Melayu.
Persoalannya
apakah yang dapat diharapkan dari sebuah wadah politik yang melahirkan
sejumlah pemimpin yang bergelumang dengan politik wang memungkinkan
nasib bangsa Melayu dan maruah negara boleh terbela.
Politik wang
adalah serupa dengan pasaran bebas. Di mana keuntungan paling tinggi
dapat diraih ke situlah sokongan akan menumpu. Pertimbangan menjaga
maruah bangsa, memelihara kepentingan negara pada hakikatnya adalah
senarai terke bawah dalam keutamaan aktivis Umno.
Bukan sahaja
calon terpaksa mengguna dana yang cukup tinggi malah pelbagai agen calon
dan broker politik berkeliaran mencari peluang memanfaatkan keadaan
terbaik untuk mendapat keuntungan lumayan.
Dalam Umno virus
"percatutan politik" ( political profiteering ) tidak boleh dibunuh. Ia
sudah menyatu dalam Umno bagaikan lagu dan irama, jiwa dan raga. Malah
ia sangat menjadi-jadi sejak Mahathir mengambil alih. Ia barah terminal
dan melumpuhkan seluruh daya tahan tubuh Umno persis Aids politik yang
membawa maut.
Malangnya yang sangat dikesali, dengan virus yang
menjangkiti tubuh Umno itu pula, ia mengheret bangsa Melayu dan negara
sendiri ke ambang kebangkrapan nilai sosio-budaya dan politik sekaligus
mengadai maruah negara dan meluncurkan negara menjunam ke gaung hina dan
nista.
Politik Umno dibudayakan dalam pentadbiran negara dan
tabiat bangsa Melayu. Penyakit Umno disuntik malah dalam dunia ilmu,
media, intelektual dan ruang akademik itu sendiri. Malah dalam
pentadbiran agama juga tidak selamat dari penyakit tabiat Umno yang
merosakkan.
Inilah anehnya bila Mahathir melahirkan kekesalannya mengenai pilihan dalam Umno yang meletihkan.
Melabur
dalam politik dan kemudiannya meraih "dividen politik" dalam bentuk
projek dan peluang besar untuk mengkayakan diri adalah sebati dengan
Umno. Perubahan untuk menyuntik darah baru dan angkatan muda yang lebih
dinamik dan bermacam slogan yang muluk-muluk hanya retorik kosong.
Yang berleluasa ialah politik bodek, politik ampu dan politik kroni. Bukan politik ilmu, jauh sekali politik pengorbanan.
Jika adapun sedikit kesungguhan oleh mana-mana pihak untuk membawa perubahan sebenar, bakal pasti akan disingkirkan.
Sebab
itu tidak ada yang mahu perubahan yang sesungguhnya boleh membanteras
barah itu sampai ke akar. Kepentingan peribadi terlalu tinggi untuk
dilepaskan jika perubahan benar-benar digerakkan.
Jauh sekali
untuk menanam politik ‘takut Allah’ atau ‘politik takut hisab di
akhirat’. Itu semua menyakitkan telinga dan dianggap hanya sesuai
dileterkan di masjid dan surau semata-mata.
Politik sebenar dalam Umno adalah politik peluang. Peluang naik pangkat dan raih gelaran dan politik membolot kekayaan.
Kami
merakamkan pernyataan bahawa keperluan yang mendesak jika bangsa Melayu
mahu selamat ialah dengan merehatkan Umno. Rehatkan Umno dari kuasa
yang sudah menguasai seluruh darah daging, urat nadi dan saraf Umno
sehingga nyawanya perlu dipulih bukan setakat melalui ‘sistem sokongan’
dengan rawatan ICU , malah perlu kepada pembedahan major dan penggantian
organ dan darah yang sangat kritikal.
Alternatif perlu dicari
dari wadah yang tidak dijangkiti oleh virus politik Umno . Suatu "over
haul" total sekalipun , sukar dapat diharapkan dari pemilihan Umno di
peringkat manapun. Wadah politik yang boleh mengganti Umno hanya boleh
dihadirkan melalui wadah yang dipimpin oleh insan soleh dan
berketerampilan kelas negarawan mukmin.
ERA MAMAK KUTTY TARAK RASUAH KA DEY ? ABU jangan lupa !
BalasPadamala..si keling tua tu sengaja main isu rasuah kalau puak dia kalah..katalah puak yg menang bg duit..walhal puak dia bg duit jgk..tp x sebanyak yg puak menang bg ler!! keling kalau dah tua..tetap keling jugak..n guess what..penipuan si keling tua nih dah tentu lah lebih dahsyat lagi terer menerernya!! err..org melayu paham ka apa yg aku tulis? sebab melayu kan bangang..n nak jadi bangang sampai ke mamposs!
BalasPadamagaknya hanya anwar yg tak sesen pun beri rasuah selama dlm umno....
BalasPadam