Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohd
Salleh Man menyangkal laporan akhbar News Strait Times (NST) hari ini
bahawa DAP campur tangan dalam urusan hal ehwal agama Islam di negeri
itu.
Beliau berkata, dalam kenyataan media semalam yang dibuat Timbalan
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof, tidak langsung
menyentuh nama mana-mana parti politik termasuk kepimpinan DAP.
“Kenyataan NST hari ini lebih kepada manipulasi media bagi memecah belah
hubungan baik di antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri dengan tegasnya menafikan dakwaan
tidak bertanggungjawab itu,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Permatang Pasir pada sidang media di Komtar, hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Timbalan
Ketua Menteri 1, Datuk Rashid Hasnon; Exco Hal Ehwal Agama Islam,
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik
Kassim dan beberapa pimpinan lain.
Pada sidang media sama, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut
menasihatkan pimpinan tertinggi PAS dan DAP agar membincangkan semua
perkara berbangkit mengenai hal ehwal umat Islam secara tertutup.
Katanya, langkah itu penting demi memartabatkan lagi Islam di negeri berkenaan selain mengelak manipulasi media.
“Perselisihan pendapat itu perkara biasa. Mereka telah bersetuju untuk
berbincang secara dalaman untuk mengelak terjadinya manipulasi media
terhadap apa yang diperkatakan.
“Kita mesti lebih berhati-hati demi mengukuhkan permuafakatan yang terjalin dalam PR,” ujarnya.
News Strait Times hari ini melaporkan, PAS Pulau Pinang mengancam untuk tidak lagi bekerjasama dengan kerajaan negeri.
Laporan itu menyebut, Muhammad Fauzi membantah campur tangan dalam
pentadbiran hal ehwal agama Islam serta pelantikan wakil parti sebagai
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di negeri
berkenaan.
Mohammad Fauzi turut didakwa mengkritik pentadbiran Guan Eng yang
kononnya tidak mengikut amalan sebenar Cekap, Akauntabel, Telus (CAT).
Jika disalah lapur,saman je> biar banyak sikit media Umnob BN cepat lingkup.
BalasPadamJika tak,Suruhlah minta jawatan jadi jurucakap Umnob BN.
salah lapor atau tidah, m.Fauzi Yusuf tak layak buat sidang media. Tindakannya jelas mengenepikan peranan Datuk Salleh man sebagai Pesuruhjaya Pas PP. M. Fauzi nampaknya tergila-gilakan jawatan sama seperti ketua pemuda PP. Harap M.Fauzi muhasabah diri dan cermin dulu diri kamu depan cermin.
Padam