SHAH ALAM: Mohamad Sabu berjaya mempertahankan kedudukannya
sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua selepas menewaskan
pencabar tunggalnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti kecil
98 undi.
Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu diumumkan menang dengan
memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar
Kelantan mendapat 490 undi.
Mohamad menang kali pertama jawatan tersebut pada pemilihan 2011
apabila menewaskan penyandang ketika itu, Nasharudin Mat Isa dan seorang
lagi calon, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Pemilihan PAS, Asmuni Awi kira-kira pukul 7.10 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan