Selasa, 31 Disember 2013

Halang Rakyat Kelantan Turun Dataran Merdeka...Ahmad Yakob (MB)

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (gambar) menafikan beliau menghalang rakyat Kelantan menyertai perhimpunan 31 Disember ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Menurut beliau, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.
“Saya kesal lama sosial yang memfitnah saya buat kenyataan tersebut,” kata beliau mengulas mengulas satu entri di laman sosial dua hari lepas.

Dakwaan beliau itu merujuk kepada salah satu entri di laman sosial semalam, ‘Pas Kelantan tidak akan menghantar wakil ke himpunan ‘Turun’ dan tidak menyokong himpunan tersebut kerana himpunan tersebut berslogankan guling kerajaan Malaysia’.

Sambil mengecam fitnah yang dilemparkan kepadanya, beliau berkata tindakan rakyat turun mengadakan himpunan itu sebagai langkah yang dipersetujui bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.

“Mereka mengatakan kerajaan Kelantan menghalang rakyat untuk berhimpun pada 31 Disember ini, bertujuan untuk menggesa kerajaan mengenai beberapa isu kenaikan harga barangan sejak kebelakangan ini. Buat apa saya hendak halang, semua orang setuju, kenapa perlu memfitnah seperti itu.

“Sekarang ini zaman paling mudah untuk memfitnah, setiap orang memiliki akhbar dan laman web masing-masing. Sebab itu kita kena berdisiplin, kena ingat, Islam mengawal manusia supaya tidak rosak dengan berita fitnah di mana-mana sahaja di akhir zaman ini,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan