Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai hari ini melontarkan
keyakinan rakyat akan bertindak secara rasional ketika menghadiri
perhimpunan yang dijadual esok malam.
Jelas beliau yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia,
rakyat Malaysia lazimnya menghormati undang-undang selain kecekapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan himpunan seperti itu sebelum
ini.
"Saya yakin situasi esok tidaklah seburuk yang digembar-gemburkan.
"... keyakinan saya disandarkan ke atas dua sebab iaitu PDRM boleh
kendalikan sebarang situasi yang timbul ketika perhimpunan tersebut.
"Serta yakin dengan masyarakat Malaysia yang sentiasa berfikiran
rasional dalam bertindak," katanya dalam satu sidang media khas di
Pejabat Yayasan Pengaman Malaysia hari ini.
Menggulas lanjut, beliau turut mengingatkan anggota PDRM supaya
mengambil langkah berwaspada agar tidak timbul sebarang perkara yang
tidak diingini.
"Anggota PDRM perlulah sentiasa mengambil langkah berwaspada. Agar tiada sebarang kekecohan yang berlaku," katanya.
NGO Turun Kos Sara Hidup dan tiga yang lain merancang untuk mengadakan
perhimpunan bagi membantah kenaikan kos di Dataran Merdeka yang menjadi
salah satu lokasi utama sambutan tahun baru malam esok.
JuRaGan : Dulu
masa bersih 2..lagi macam-macam lu fitnah bro,pakai baju pun kena
tangkap,jual baju pun kena tangkap..bawa baju kena tangkap..ada bom..ada
senjata..perhimpunan Haram..tangkap siapa yang hadir..last2 200 ribu
orang yang turun...apa cite beb..ok,takda apa pun...Lu jangan jadi
spisis yang menyalak tu beb,bila kasi tulang semua orang dia salak,sebab
dia nak jaga tuan yang kasi makan kat dia..Sendiri Mau kasi Ingat beb..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan